Seorang bekas pegawai tadbir kanan International Council for Scientific Union Regional Office for Asia Pasifik (ICSU-ROAP) di bawah Akademi Sains Malaysia direman lima hari di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah.
Turut direman lima hari sehingga 3 Feb depan ialah rakan bekas pegawai tadbir kanan tersebut yang ditahan bersamanya pada Isnin.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut.
Laporan sebelum ini menyebut lelaki berumur 44 tahun itu ditahan bersama rakannya juga seorang lelaki berumur 57 tahun di sebuah kondominium di ibu negara pada 11.30 pagi Isnin.
Kedua-duanya yang ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada kira-kira 10 pagi bagi prosiding reman.
Laporan yang memetik sumber SPRM sebelum ini menyebut bekas pegawai tadbir kanan itu bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kewangan ICSU-ROAP.
Dia dipercayai memalsukan tandatangan bagi mendapatkan kelulusan ASM untuk menjalankan program ICSU-ROAP yang diuruskannya.
Bekas pegawai tadbir kanan berkenaan yang dilantik secara kontrak sejak 2008 disyaki telah bersubahat dengan rakannya bagi menyeleweng dana lebih kurang RM3 juta sejak 2012 hingga 2017.
Dia dipercayai telah memalsukan tandatangan pengarah ICSU-ROAP dan pengurus program ICSU-ROAP dalam dokumen tuntutan bagi pelaksanaan 73 program di dalam dan luar negara yang dianjurkan ICSU-ROAP.
Dia didapati telah mengemukakan invois, bil-bil hotel, tiket penerbangan dan lain-lain dokumen yang disyaki palsu bagi menyokong perbelanjaan program sedangkan ada sesetengah perbelanjaan tidak wujud dan ia bertujuan mendapatkan semula wang tersebut dengan menyalurkan ke akaun peribadi beliau.
Lelaki itu juga didapati telah mengada-adakan kewujudan seorang akauntan ASM palsu, kononnya membenarkan bayaran lebihan seperti hotel dan tiket penerbangan itu dikembalikan dan dimasukkan ke akaun peribadinya.
Rakannya telah menyamar menggunakan gelaran sebagai seorang profesor lestari dari universiti tempatan yang kononnya merupakan seorang ahli sains yang mewakili negara ke program yang diadakan di luar negara anjuran ICSU-ROAP.
Difahamkan, dana untuk ICSU-ROAP disalurkan daripada ICSU-Paris sebanyak 75 juta euro (RM361 juta) dan RM1 juta daripada Kementerian Kewangan yang disalurkan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kepada ASM setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2018
Bekas pegawai tadbir kanan ICSU-ROAP dan seorang rakan dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan menyalahgunakan kedudukannya serta terlibat dalam perbuatan rasuah dan penyelewengan dana. --fotoBERNAMA
Reka bentuk ART Sarawak didedahkan
Reka bentuk terakhir bagi Transit Aliran Autonomi (ART) Sarawak yang bakal menjadi sistem pengangkutan awam moden di negeri itu, didedahkan pada Majlis Sambutan Hari Sarawak 2024 malam tadi.
Sarawak kini fokus tingkatkan pendapatan isi rumah
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak meningkat sebanyak US$2,000 kepada US$17,000 pada 2023 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mengekalkan status Sarawak sebagai kawasan berpendapatan tinggi yang diiktiraf Bank Dunia.
Dinding Mydin Manjoi runtuh, dua cedera terkena serpihan
Dua cedera terkena serpihan batu bata selepas dinding Pasaraya Mydin Manjoi yang terbakar Mac lalu, runtuh dalam kejadian petang ini.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'Deepfake'
Orang ramai digesa bewaspada terhadap taktik penipuan pelaburan 'Deepfake' yang dicipta melalui AI untuk menyamar sebagai individu dan nama syarikat terkemuka.
Suri rumah diarah menjalani pemeriksaan mental
Seorang suri rumah yang didakwa mencederakan anaknya yang berusia 5 tahun 8 bulan diarah menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
PM Anwar sedih atas pemergian James C. Scott
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih yang mendalam atas pemergian James C. Scott, seorang profesor terkenal dari Universiti Yale.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0
Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia, hari ini.
KPT, KLN sedia bantuan untuk rakyat Malaysia yang tiba dari Bangladesh - Zambry
KPT akan bekerjasama dengan KLN untuk menyediakan segala bantuan yang diperlukan semasa ketibaan rakyat Malaysia dari Bangladesh, termasuk kaunseling, penginapan, dan logistik.
Bekas pegawai tadbir kanan ICSU-ROAP, rakan direman
Turut direman lima hari sehingga 3 Feb depan ialah rakan bekas pegawai tadbir kanan tersebut yang ditahan bersamanya pada Isnin.