KUALA LUMPUR: Semua bekas pegawai pengawal dan Ketua Setiausaha (KSU) perlu hadir ke prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menjelaskan isu yang timbul semasa mereka menerajui kementerian, jabatan atau agensi kerajaan terlibat.
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ia bagi memastikan jawatankuasa itu dapat menjalankan siasatan yang menyeluruh kerana ketidakhadiran bekas pegawai pengawal serta KSU akan menyebabkan laporan PAC tidak komprehensif.
"PAC mengambil maklum bahawa tempoh perkhidmatan pegawai pengawal dan KSU yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) biasanya melangkaui tempoh perkhidmatan sedia ada, hingga menyebabkan mereka gagal memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang didapati kerana ia berlaku bukan pada tempoh perkhidmatan mereka.
"Justeru, adalah amat penting untuk semua pegawai pengawal dan KSU bertanggungjawab terhadap PAC seperti termaktub dalam Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) dan hadir apabila dipanggil oleh jawatankuasa untuk menghadiri prosiding ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau keengganan bekas pegawai pengawal dan KSU hadir ke prosiding PAC merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (a) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347).
Mas Ermieyati berkata PAC akan menyiarkan kepada umum nama-nama saksi yang enggan hadir dalam prosiding PAC supaya rakyat mengetahui bahawa isu-isu yang disiasat oleh jawatankuasa itu tidak mendapat kerjasama daripada individu-individu berkenaan.
Pada masa yang sama, PAC menuntut Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengambil maklum sekiranya terdapat bekas pegawai pengawal dan KSU yang enggan hadir dalam prosiding jawatankuasa ini.
"Selain itu, PAC juga mahu satu mekanisme perlu diwujudkan kerajaan agar kesemua bekas pegawai pengawal dan KSU yang dipanggil, menghadirkan diri ke prosiding PAC," katanya.
Mas Ermieyati berkata adalah penting untuk PAC menyediakan laporan yang komprehensif dan telus dengan mengambil kira keterangan dan penjelasan semua pihak berkepentingan dalam isu yang disiasat supaya laporan itu benar-benar seimbang demi kepentingan semua pihak.
Katanya laporan PAC yang komprehensif dan telus juga adalah selaras dengan kehendak ahli Parlimen ketika perbahasan berkenaan LKAN di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mahukan supaya PAC menyiasat dengan lebih terperinci isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Mas Ermieyati berkata PAC akan menyiarkan kepada umum nama-nama saksi yang enggan hadir dalam prosiding PAC. - Foto Facebook/Mas Ermieyati Samsudin
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Penukaran RTU 75 stesen amaran banjir perlu dipastikan ikut masa, kos ditetapkan - PAC
PETRA perlu memastikan kerja penukaran 'Remote Terminal Unit' (RTU) di 75 stesen terlibat Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti ditetapkan.
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
PAC syor KPT guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
PAC berpendapat KPT boleh mempertimbang pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).
Audit bebas terhadap HRD Corp langkah tepat kembalikan kepercayaan rakyat - PAC
Mas Ermieyati berkata, ia membuktikan Sim berpegang kepada janji untuk tidak menyembunyikan sebarang kebenaran.
Isu HRD Corp: 6 individu tiba di SPRM untuk beri keterangan
SPRM menjangkakan 10 individu daripada HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia dijadual diambil keterangan mereka hari ini.
Zahid nyatakan komitmen selesaikan masalah hutang Felcra, teliti syor PAC
Langkah proaktif akan diambil bagi menangani masalah yang dialami Felcra Berhad dan anak syarikatnya susulan beban hutang tinggi yang ditanggung.