A. Mitra Tarannia, 21, didakwa melakukan pecah amanah ke atas barang kemas bernilai RM230,264 milik sebuah kedai emas di Jalan Masjid India di sini antara Februari dan Julai lepas.
Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya M. Saravanan mencadangkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan tidak mengganggu saksi.
Peguam Gursharon Kaur, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya kini bekerja sebagai pekerja stor sebuah kedai serbaneka dan mempunyai tanggungan keluarga.
Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menetapkan 8 Jan depan bagi sebutan kes.
-- BERNAMA