KUALA LUMPUR: Bekas isteri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man hari ini memfailkan tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak berjumlah RM15.34 juta di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas mendakwa diceraikan tanpa sebab, April lepas.
Menurut kenyataan diperoleh pihak media, Sova Ali, seorang warga Indonesia, menuntut mutaah RM15 juta daripada Azlan, yang juga calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bintong kerana mendakwa telah diceraikan tanpa sebab dan tanpa kebenaran mahkamah.
Sova turut mengemukakan tuntutan nafkah tertunggak berjumlah RM344,250 atas dakwaan beliau tidak diberikan nafkah semasa dalam tempoh perkahwinan mereka.
Beliau juga akan memfailkan tuntutan harta sepencarian bagi memperoleh pelbagai aset yang dimiliki dalam tempoh perkahwinan mereka di Selangor, Perlis dan luar negara selain tuntutan nafkah idah yang jumlahnya akan ditentukan kemudian.
"Kedua-dua kes (tuntutan) ini telah ditetapkan untuk Majlis Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 15 Dis ini," menurut kenyataan itu.
Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, yang mewakili Sova, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Rashidah Sapingi @ Shafie membenarkan pihaknya menyerahkan saman dan penyata tuntutan di luar Selangor iaitu di Perlis.
Pada 25 Ogos lepas, pasangan itu disahkan bercerai oleh Hakim Syarie Abdullah Zuhdee Ab Halim dengan talak satu pada prosiding yang berlangsung secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Abdullah Zuhdee mengesahkan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak berhubung perceraian yang dilafazkan oleh Azlan di Jakarta, Indonesia pada 23 April lepas.
Azlan, 63, dan Sova, 40, berkahwin pada 21 Mac 2010 di Perlis namun tidak dikurniakan cahaya mata.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022
Bekas isteri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man hari ini memfailkan tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak berjumlah RM15.34 juta di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas mendakwa diceraikan tanpa sebab, April lepas. - Gambar hiasan
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
Bekas isteri MB Perlis tuntut mutaah, nafkah tertunggak RM15.34 juta
Bekas isteri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man hari ini memfailkan tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak berjumlah RM15.34 juta di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas mendakwa diceraikan