KOTA BHARU: Perkongsian seorang bekas doktor pelatih di media sosial yang mendakwa menjadi mangsa buli secara emosi di sebuah hospital kerajaan di Kelantan sehingga menyebabkan berlaku cubaan bunuh diri, adalah kes lama.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes berkenaan yang berlaku pada tahun 2019 itu telah ditutup dan dianggap selesai, kerana dakwaan itu tidak dapat dibuktikan dengan jelas, namun kini ia ditularkan kembali.
"Kita melihat laporan tersebut, ia tidak dinyatakan siapa yang menulis, menyebabkan kita sukar untuk mengenal pasti sama ada pengadu adalah doktor siswazah atau sebaliknya.
"Sekiranya ada laporan yang lebih khusus, kita sentiasa bersedia untuk melakukan siasatan lanjut dan memastikan mereka (mangsa buli) akan mendapat pembelaan sekiranya kejadian benar-benar berlaku," katanya selepas hadir Majlis Sambutan Hari Asma Sedunia Peringkat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pelancaran Klinik Asma Teruk di HRPZ II, di sini hari ini.
Terdahulu tular di media sosial mengenai perkongsian seorang bekas doktor pelatih yang mendakwa mengalami penderaan emosi, selain dikutuk dan terpaksa bekerja lebih masa walaupun syif sudah tamat sepanjang ditempatkan di Jabatan Pembedahan, di sebuah hospital kerajaan di Pantai Timur.
Menurut perkongsian itu juga, akibat daripada penderaan emosi itu beliau turut melakukan cubaan membunuh diri sebanyak dua kali selain beliau juga telah melaporkan perkara itu kepada Timbalan Pengarah namun tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata JKNK mengadakan perjumpaan secara berkala iaitu sekitar satu hingga tiga kali sebulan untuk mendengar masalah mereka.
"Kita di JKNK, serta jabatan-jabatan dan juga pakar-pakar ingin membantu mereka (doktor pelatih) bagi memastikan mereka menjadi pegawai perubatan yang terbaik. Dan kita juga mempunyai unit kaunseling yang mengalukan kedatangan mereka untuk mendapatkan bantuan sekiranya mereka mempunyai masalah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan kes harian COVID-19 susulan perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
"Setakat ini kes harian COVID-19 di Kelantan berlaku penurunan iaitu sekitar dua digit sahaja selain kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) juga telah berkurang.
"Namun kita tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan selepas Hari Raya baru-baru ini pada tahap satu dan dua selain kita juga masih kekalkan katil untuk pesakit COVID-19 sekitar 300 katil di seluruh negeri dan 30 katil di ICU," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022
Dr Zaini berkata, kes berkenaan yang berlaku pada tahun 2019 itu telah ditutup dan dianggap selesai, kerana dakwaan itu tidak dapat dibuktikan dengan jelas. - Gambar fail
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat yang disyaki terlibat sindiket pemalsuan dokumen geran hak milik tanah, yang ditahan SPRM Johor, direman enam hari.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan Yap Xin Yuan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan yang mayatnya ditemukan alam keadaan tidak sempurna di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Protes sedunia desak keadilan untuk pelatih perubatan India
Setakat ini, polis menahan seorang suspek dan bekas pengetua Kolej Perubatan RG Kar, tempat mangsa sedang menuntut.
Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan
Tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.
Korea Selatan gantung lesen doktor pelatih lancar mogok
KOREA Selatan akan menggantung lesen doktor pelatih yang melancarkan mogok sebagai hukuman.
Korea Selatan: Mogok doktor pelatih, kerajaan mula ambil tindakan
Menteri Kesihatan Korea Selatan berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan "mogok secara haram- dan mengingkari arahan.
Kuota tambahan 2,000 pelajar perubatan langkah penting - Presiden Korea Selatan
Presiden Korea Selatan berkata rancangan kerajaan untuk menaikkan kuota bagi sekolah perubatan sebanyak 2,000 merupakan "langkah minimum yang diperlukan" bertujuan menangani kekurangan doktor.
Korea Selatan: Pesakit kecewa perkhidmatan kesihatan terjejas ekoran doktor pelatih enggan bekerja
Pesakit di Korea Selatan menyatakan kekecewaan apabila doktor pelatih hospital umum di Seoul dan tempat lain tidak bertugas buat hari kedua.
Lebih 6,400 doktor pelatih di Korea Selatan letak jawatan
Lebih 6,400 doktor pelatih telah mengemukakan peletakan jawatan mereka bagi membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar perubatan, kata pegawai kerajaan pada Selasa.
Lebih 14,000 lepasan ILKKM diserap dalam perkhidmatan - Dr Zaliha
Sebanyak 14,619 lepasan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) telah diserap ke dalam perkhidmatan sejak 2018 hingga Jun tahun ini.
Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.
Tiada SOP buka ruang budaya buli doktor pelatih
MSOSH menyifatkan isu berkenaan timbul kerana ketiadaan garis panduan rasmi dalam melatih doktor pelatih.