Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kontena Nasional Berhad, Hood Osman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah dana syarikat berjumlah RM9.9 juta.
Tertuduh yang berusia 46 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad.
Hood didakwa melakukan pecah amanah dana syarikat melalui lapan keping cek dan dua pindahan telegrafi kepada syarikat Artisan Jaya Logistics di pejabat Kontena Nasional, Batu 9, Jalan Klang Lama, Seri Setia, Petaling Jaya dekat sini, antara 24 Mac 2011 hingga 24 Ogos 2012.
Sementara pemilik syarikat Artisan Jaya Logistics, Abdul Jalil Md Tahir, 48, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Hood.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Heikal Ismail mencadangkan mahkamah mengenakan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin, masing-masing terhadap kedua-dua tertuduh selain menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah.
Peguam Oh Choong Ghee yang mewakili Hood bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM50,000 atas alasan anak guamnya kini menganggur selepas meletak jawatan sebagai CEO Kontena Nasional pada Mei tahun lepas.
Peguam mewakili Abdul Jalil, Mohd Yatim Awang pula memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM100,000 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri, dua anak yang masih bersekolah serta keluarga mentua.
Mengenai pasport, beliau berkata tertuduh akan menunaikan umrah pada Jumaat ini dan justeru beliau memohon mahkamah membenarkan anak guamnya menyerahkan pasport apabila dia pulang ke tanah air pada hujung tahun ini.
Hakim Noradidah kemudian menetapkan kedua-dua tertuduh, diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang dan menetapkan 6 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.
Beliau turut memerintahkan Hood menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementara Abdul Jalil dibenarkan menyerahkan pasportnya pada tarikh sebutan akan datang.
Bernama
Tue Dec 09 2014
Tertuduh yang berusia 46 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad. - Gambar Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Budaya 1MDB: Ikut arahan atau berhenti - Kata bekas CEO
Bekas CEO itu dalam kenyataannya berkata beliau tidak berani membangkitkan kebenaran kerana takut akan menjejaskan kerjaya dalam 1MDB.
Jho Low orang kanan Najib, wakil PM atur keputusan, kewangan 1MDB - saksi
Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, saksi pendakwaan ke-10 menyatakan enam alasan mengapa beliau berpendapat sedemikian.
1MDB syarikat jaga kepentingan Najib untuk jana dana UMNO - Bekas CEO 1MDB
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa 1MDB adalah syarikat untuk menjaga kepentingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bagi menjana dana untuk parti UMNO.
Bekas CEO AirAsia X, Azran Osman Rani sudah sedar sepenuhnya
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman Rani yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah sedar sepenuhnya.
Bekas CEO AirAsia X, Azran Osman Rani cedera dilanggar ketika berbasikal
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, alami kecederaan selepas dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sewaktu berbasikal di Jalan Duta menghala ke Jalan Kuching, di sini, pada Ahad.
Bekas CEO Kontena Nasional Bhd didakwa pecah amanah RM9.9juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kontena Nasional Berhad, Hood Osman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah dana syarikat berjumlah RM9.9 juta.