KUANTAN: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah kolej swasta di Jengka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM5,000 bagi tujuan mengeluarkan sijil dan transkrip pada lapan tahun lalu.
Walau bagaimanapun tertuduh Amran Mustaffa, 58, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Bapa kepada tujuh anak itu didakwa dengan dua pertuduhan iaitu secara rasuah menerima rasuah RM5,000 daripada Muhammad Izhar Ismail sebagai upah mengeluarkan sijil dan transkrip Program Asasi Sains dari kolej tersebut tanpa mengikut prosedur pembelajaran yang betul.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Bank CIMB Berhad cawangan Jerantut pada 21 dan 24 Oktober 2015.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Hakim Ahmad Zamzani kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh juga diperintahkan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM pada setiap awal bulan bermula April sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Mei depan.
Sebelum itu, Pendakwa Raya SPRM, Kamariah Seman yang mengendalikan kes menawarkan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Namun, peguam mewakili Amran, Ahmad Mawardi Che Hassan memohon pengurangan berikutan anak guamnya itu mempunyai tanggungan isteri dan sembilan anak yang masih bersekolah.
“Anak guam saya sudah dipecat dari jawatannya selepas digantung kerja sejak 2019. Sepanjang lima tahun siasatan anak guam saya sudah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak SPRM," ujarnya.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Apr 14 2022
Tertuduh Amran Mustaffa, 58, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain. - Foto Astro AWANI
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
Ketua Pegawai Operasi Dialog Mustaffa Kamal dinaikkan pangkat kepada CEO
Dialog turut mengumumkan Pengarah Urusan bagi Minyak dan Gas Huluan, Keith Collins, menyandang tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi.
CEO MDEC tamat perkhidmatan 31 Ogos
Mahadhir Aziz akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 31 Ogos 2024 selepas tiga tahun menerajui MDEC.
Seleweng dana: SPRM tahan CEO syarikat bergelar Profesor
SPRM menahan reman individu bergelar Profesor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi kerana dipercayai menyeleweng kira-kira RM270,000 dana syarikat
KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) menafikan peletakan jawatan Timbalan Presiden KDNFC Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Wan Mohd Zul Ikman adalah disebabkan isu pembayaran gaji pemain.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Standard Chartered Saadiq Malaysia lantik Bilal Parvaiz sebagai CEO
Standard Chartered Saadiq Malaysia melantik Bilal Parvaiz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 15 Mac 2024.
'Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA'
Kuala Lumpur (KL) Rovers FC mempersoalkan hak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menjual kelab itu sedangkan ia adalah ahli gabungan sejak tahun 2021.
Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm
Apabila Intel Foundry Services beroperasi secara sepenuhnya, Intel akan mempunyai kemampuan untuk membangunkan cip intel tersuai yang hadir dengan teknologi terbina.