Mahkamah New Zealand hari ini, membenarkan bekas atase tentera Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail yang diekstradisi ke negara itu diikat jamin.
Kebenaran diberikan selepas peguambelanya berjaya berhujah yang tertuduh tidak pernah berhasrat melarikan diri dan meninggalkan negara itu menggunakan imuniti diplomatiknya sebelum ini.
Muhammad Rizalman sebelum ini berhadapan tuduhan cubaan merogol dan mencuri di Mahkamah Wilayah Wellington.
Rizalman didakwa menyerang Tania Billingsley, 21 tahun, di kediamannya pada Mei lalu.
Mahkamah turut meletakkan beberapa syarat ketat ketika membenarkan ikat jamin termasuk, perintah berkurung, tidak menghubungi individu yang mendakwa menjadi mangsa, menyerahkan pasportnya dan sentiasa di bawah pemerhatian dua wakil pegawai tentera Malaysia.
Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari sama atas tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol.
Dia sekeluarga dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei dan Kementerian Pertahanan telah mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes itu sebelum kembali ke New Zealand Jumaat lalu.
Astro Awani
Tue Oct 28 2014

Muhammad Rizalman (gambar) dikenakan beberapa syarat ketat. - (AP Photo/Nick Perry)

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekas atase tentera, Muhammad Rizalman dibenarkan diikat jamin
Mahkamah New Zealand hari ini, membenarkan bekas atase tentera Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail yang diekstradisi ke negara itu diikat jamin.

New Zealand buat permohonan rasmi untuk ekstradisi diplomat Malaysia
Kerajaan New Zealand telah secara rasmi mengfailkan permohonan ekstradisi terhadap diplomat warga Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail.

Serangan seksual di New Zealand: Kes tuduhan pertama dalam sejarah MINDEF
Ia kerana kesemua anggota dan pegawai dalam badan keselamatan dan pertahanan negara itu dilatih pada tahap tertinggi.

N. Zealand sambut baik keputusan M'sia hantar balik Muhammad Rizalman
Menteri Luar N. Zealand Murray McCully menyambut baik pengumuman Malaysia bahawa pegawai yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita muda akan dihantar semula ke negara itu.

Malaysia hantar bekas pegawai dituduh lakukan serangan seksual balik ke NZ
Tertuduh akan membantu siasatan dakwaan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita pada Mei lepas.