SANDAKAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Samsudin Yahya meninggal dunia hari ini.
Berita pemergiannya itu dikongsikan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebooknya.
"Semoga roh Allahyarham Datuk Samsudin Yahya, Allah letakan bersama orang soleh dan beriman. Takziah kepada Datin Junaidah Aji dan seluruh keluarga, diharap tabah menerima dengan kehendak Allah," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Samsudin, 67, dikatakan tidak sedarkan diri dalam penerbangan ke Kota Kinabalu yang berlepas dari Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi, dan punca kematian masih belum dipastikan.
Allahyarham dipilih sebagai ADUN Sekong selama empat penggal sejak 2004 selepas memenangi kerusi itu atas tiket Barisan Nasional, juga merupakan mantan Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi bagi penggal 2013-2016.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak.
Astro Awani
Thu Oct 20 2022
Samsudin, 67, dikatakan tidak sedarkan diri dalam penerbangan ke Kota Kinabalu yang berlepas dari Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi, dan punca kematian masih belum dipastikan. - Gambar/ Sinar Harian
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
Bekas ADUN Sekong tak sedarkan diri, meninggal dunia dalam pesawat
Datuk Samsudin Yahya didapati tidak sedarkan diri di dalam pesawat semasa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Kinabalu.
Bekas ADUN Sekong meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Samsudin Yahya meninggal dunia petang tadi.