SEPANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya didapati tidak sedarkan diri di dalam pesawat semasa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Kinabalu, Sabah sebelum meninggal dunia pada Khamis.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pesawat itu dilaporkan berlepas pada jam 2.21 petang.
Menurutnya, mangsa kemudian didapati tidak sedarkan diri semasa penerbangan sebelum pemeriksaan awal ketika itu mendapati tiada pergerakan nadi padanya.
"Bantuan kecemasan cuba diberikan tetapi mangsa masih tidak sedarkan diri sebelum dimaklumkan kepada juruterbang yang kemudian berpatah balik ke KLIA.
"Selepas sampai ke KLIA, mangsa disahkan telah meninggal dunia pada jam 4.47 petang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah dijalankan.
Katanya, jenazah telah dihantar ke hospital pada jam 7.05 malam untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 67 tahun pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2009 dan kali terakhir pemeriksaan jantung pada 17 Oktober lalu di Institut Jantung Negara (IJN).
Berita duka itu telah dikongsikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya.
"Semoga ALLAH ampunkan segala dosa Allahyarham Datuk Samsudin Yahya yang baru sahaja pergi menghadap Ilahi. Semoga ALLAH terima segala amalan dan mengangkat darjat Allahyarham disisiNya.
"Semoga pemergian Allahyarham menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia.
"Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin," katanya.
Allahyarham adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi dan menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong selama tiga penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 20 2022
Allahyarham adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi dan menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong selama tiga penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). - Gambar/ Sinar Harian
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas ADUN Sekong tak sedarkan diri, meninggal dunia dalam pesawat
Datuk Samsudin Yahya didapati tidak sedarkan diri di dalam pesawat semasa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Kinabalu.