KOTA KINABALU: Perjanjian antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan anak syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB), Syarikat SESCO Bhd, akan menyaksikan pengimportan bekalan elektrik 30MW bagi tempoh 15 tahun sebagai permulaan menerusi talian transmisi litar berkembar 275kV sejauh 31km dari Lawas di Sarawak hingga ke Mengalong di Sabah.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia merupakan perjanjian bagi mengimport bekalan elektrik dari Sarawak dalam usaha memacu pembangunan negeri sebagaimana yang digariskan menerusi rancangan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Beliau berkata sambungan itu dijangka bermula pada akhir 2023 setelah peluasan grid di bawah Agenda Utara Sarawak Energy menghubungkan Miri dengan bandar-bandar di utara Sarawak, yakni Limbang dan Lawas.
"Kerajaan Negeri menyambut baik inisiatif itu kerana ia akan memacu sistem bekalan tenaga Sabah.. bekalan elektrik yang stabil amat penting kearah memastikan kejayaan agenda pembangunan SMJ yang berpaksikan kepada tiga teras utama yakni pertanian, industri dan pelancongan," katanya semasa dalam ucapan yang disampaikan secara maya di sini.
Terdahulu beliau bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan majlis menandatangani perjanjian mengenai pertukaran tenaga dan kesalingsambungan secara maya, antara kedua-dua syarikat berkenaan.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili dan CEO SESB Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid dalam satu majlis yang turut disaksikan oleh Pengerusi SESB Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Hajiji berkata perjanjian itu juga merupakan langkah pertama yang amat penting kearah merealisasikan matlamat bersama inisiatif Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) bagi menampilkan sambungan infrastruktur dalam kalangan negara-negara Asean menerusi Asean Power Grid (APG) yang akan menambah baik tahap ekonomi semua negara terlibat.
Ketua Menteri berkata bekalan elektrik yang lebih stabil akan terus meningkatkan pelaburan tempatan dan asing selain menyokong pertumbuhan pekilangan industri dan sektor huluan, di samping mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor industri ringan dan berat.
Lebih penting lagi, katanya ia akan meningkatkan taraf sosio ekonomi, terutama di kawasan luar bandar.
"Menerusi perjanjian ini, kerajaan negeri berharap ia akan mengeratkan kerjasama antara Sabah dan Sarawak, di samping memupuk kerjasama lebih kukuh di masa akan datang yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua negeri, dan penduduknya," katanya.
Hajiji berkata perjanjian itu selaras dengan wawasan SESB untuk menjadi syarikat bekalan tenaga yang efektif, boleh dipercayai, dan pemangkin kepada pembangunan Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 06 2021
Hajiji (kanan) bergambar sebelum majlis menandatangani perjanjian persefahaman bekalan kuasa dengan Syarikat SESCO Berhad secara maya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah hari ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Sabah sedia pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat
Kerajaan Negeri Sabah akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma buat rakyat di negeri itu.
Tahun Baharu Cina bawa semangat keamanan, harmoni dan muhibah di Sabah - Hajiji
Hajiji dalam perutusannya menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tionghua di Sabah.
Rombakan kabinet Hajiji dapat restu daripada PM - Jeffrey Kitingan
Jeffrey ketika ditemui berkata beliau turut gembira dengan penglibatan wanita dan ADUN PH dalam kabinet negeri Sabah.
Ekosistem politik Sabah perlukan kepimpinan matang - Dr Syahruddin Awang
Berikutan pergolakan politik Sabah, ekosistem politik di negeri itu memerlukan kepimpinan dan kesedaran yang matang.
Sabah lancar Pelan Tindakan Strategik baharu perhebat inisiatif pemuliharaan HoB
Kerajaan Sabah melancarkan Pelan Tindakan Strategik bagi menangani cabaran untuk memperhebat usaha pemulihan landskap Heart of Borneo (HoB).
Belanjawan Sabah 2023: Hajiji umum peruntukan lebih RM5 bilion
Bertemakan 'Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera', ia dirangka selaras tumpuan utama dalam Belanjawan 2023 untuk memacu dan memperkasa ekonomi negeri Sabah.
Perkhidmatan feri Pulau Bum-Bum dipertimbang secara serius - Hajiji
Perkhidmatan feri dari tanah besar Semporna ke Pulau Bum-Bum akan dipertimbangkan secara serius sementara menunggu cadangan jambatan Pulau Bum-Bum menjadi kenyataan.
PRU15: Kerjasama GRS-BN berterusan selepas 19 November - Hajiji
Jelas Hajiji kerjasama GRS dan BN termasuklah UMNO dilakukan sebagai kesinambungan mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu.
PRU15: Hajiji sambut baik keputusan PAS Sabah tidak letak calon
Tindakan PAS Sabah mengarahkan ahli dan penyokongnya memberikan sokongan kepada mana-mana calon GRS-BN itu menurut Hajiji sesuatu yang signifikan dalam memastikan kemenangan GRS-BN.
Sabah hasrat perkukuh hubungan dua hala dengan Brunei
Datuk Seri Hajiji Haji Noor optimis masa depan hubungan kerjasama di antara Sabah dan Brunei akan terus makmur berdasarkan peningkatan nilai perdagangan dua hala antara keduanya.