KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melancarkan Pelan Tindakan Strategik (2021-2023) bagi menangani cabaran dan memanfaatkan peluang untuk memperhebat usaha pemulihan dan pengurusan landskap Heart of Borneo (HoB).
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah telah mengambil langkah signifikan dalam melaksanakan program dan projek yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Strategik Sabah Kedua.
Bagaimanapun, beliau berkata susulan perubahan pantas landskap ekonomi, sosial dan alam sekitar, satu plan tindakan strategik yang baharu diperlukan untuk meneruskan pencapaian pelan sebelum ini.
"Pencapaian tersebut ditunjangi kekuatan Inisiatif HoB Sabah iaitu: komitmen negeri dan kerajaan Persekutuan terhadap inisiatif tersebut; kesinambungan dasar; keupayaan pihak berkepentingan utama untuk bekerjasama; dan kemampuan memanfaatkan jenama HoB untuk pembiayaan dan usaha sama baharu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey Kitingan pada Simposium HoB Sabah bertemakan 'Keperluan Untuk Pendekatan Holistik dan Pragmatik Dalam Usaha Pemuliharaan di sini hari ini.
Hajiji berkata beberapa ciri baharu diperkenalkan dalam pelan strategik baharu itu untuk memperkasa Inisiatif HoB Sabah ke arah pemuliharaan.
"Matlamat teras pelan strategik Sabah HoB adalah selari dengan matlamat utama pelan pembangunan negeri dan kebangsaan termasuk Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2021-2025, Pelan Tindakan Koridor Pembangunan Sabah 2021-2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025.
"Kesedaran awam terhadap HoB dan usaha pemuliharaannya sentiasa menjadi keutamaan kepada Sabah. Jerayawara, pendidikan alam sekitar dan program latihan bagi mempromosi Inisiatif HoB telah dijalankan untuk para guru dan komuniti tempatan, khususnya mereka yang tinggal di dalam atau berhampiran landskap HoB," katanya.
Hajiji berkata HoB Sabah mewakili 60 peratus landskap HoB Malaysia dan memiliki satu daripada khazanah biodiversiti terkaya di dunia.
Beliau berkata 64 peratus daripada kawasan daratan Sabah adalah hutan terlindung sejak 1990 iaitu 52 peratus telah diwartakan sebagai Hutan Simpan, Taman Negeri, Kawasan Perlindungan Hidupan Liar dan Kawasan Pemuliharaan Hidupan Liar.
Ketua Menteri itu turut berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan, terutama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli atas sokongan terhadap Inisiatif HoB menerusi Rancangan Malaysia sejak 2009.
Katanya kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM47 juta kepada Sabah untuk pelaksanaan Inisiatif HoB sejak 2009 dan sejumlah RM13 juta diperuntukkan di bawah RMK12.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022
Hajiji berkata beberapa ciri baharu diperkenalkan dalam pelan strategik baharu itu untuk memperkasa Inisiatif HoB Sabah ke arah pemuliharaan. - Gambar/ WWF
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi
Ikuti temubual bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
#AWANIPagi
#AWANIPagi
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Kaji tambahan bilangan kerusi Parlimen di Sabah - Hajiji
Sabah perlu mempertimbang beberapa faktor berkaitan pemilihan kerusi Parlimen bagi memenuhi kuota 35 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi di negeri itu.
Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.
Dr Kathryn Anne Rivai perkasa pendidikan untuk kanak-kanak terpinggir di Sabah
Berhijrah lebih empat dekad lalu, Kathryn memberi banyak impak ke atas landskap pendidikan di Sabah menerusi kemahiran dan kepimpinannya.
Belia Sabah digesa manfaat peluang pelancongan luar bandar - Joniston
Kira-kira 400 peluang pekerjaan sepenuh masa dan sambilan ditawarkan susulan wujud lebih 80 perniagaan berkaitan pelancongan di Klulu.
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
Sekumpulan memerang 'mengganas', serang pengunjung taman rekreasi
Seorang individu telah diserang sekumpulan memerang dalam kejadian di sebuah taman rekreasi di Tanjung Aru, di sini, pada pagi Rabu.