Bekalan minyak masak sama ada dalam pek atau botol di Selangor masih mencukupi walaupun terdapat aduan tiada bekalan bahan itu di sesetengah premis di Sepang, Gombak dan Kuala Kubu Baharu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Mior Najmuddin Mior Dzulkifli berkata masalah ketiadaan bekalan bahan itu berlaku disebabkan sesetengah pengguna melakukan pembelian secara panik dan melebihi keperluan.
"Secara amnya, keadaan minyak masak di Selangor terkawal dan semalam, kita memeriksa 40 premis di seluruh Selangor termasuk premis pembungkusan semula, pemborong serta peruncit dan mendapati bekalan mencukupi.
"Cuma di sesetengah lokasi di Sepang, Gombak dan Kuala Kubu Baharu, kita terima aduan tiada bekalan, namun ia masalah sementara yang dapat diatasi dalam waktu terdekat setelah ibu pejabat menambah kuota bekalan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri program amal bersama Friends of KPDNKK (FOK) dan pasar raya Giant di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang menyaksikan harga minyak masak paket 1 kilogram kekal RM2.50, namun minyak masak dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov ini.
Dalam pada itu, Mior Najmuddin berkata pihaknya tidak mengesan sebarang aktiviti menyorok bekalan minyak masak, dan pegawai penguatkuasa sentiasa berada di lapangan untuk memastikan tiada kegiatan seumpama itu berlaku.
Beliau berkata semua aduan mengenai kekurangan bekalan minyak masak juga berjaya diselesaikan oleh pihaknya.
Mengenai aktiviti hari ini, katanya lebih 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkonvoi sejauh 100 kilometer dari ibu pejabat KPDNKK di Putrajaya ke pasar raya Giant di sini, bagi meraikan 40 anak-anak asnaf menerusi program amal bersama FOK.
Beliau berkata tujuan program itu adalah untuk menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada orang ramai, selain mempromosikan FOK dan melakukan aktiviti amal.
Kumpulan itu seterusnya menuju ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Kuala Selangor bagi aktiviti gotong-royong bersama guru dan pelajar. -- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 05 2016
![Bekalan minyak masak di Selangor mencukupi - KPDNKK Bekalan minyak masak di Selangor mencukupi - KPDNKK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51470911960_CookingOil.jpg)
Bekalan minyak masak sama ada dalam pek atau botol di Selangor masih mencukupi walaupun terdapat aduan tiada bekalan bahan itu di sesetengah premis di Sepang, Gombak dan Kuala Kubu Baharu. -Gambar fail/AFP
![Rogol kenalan ADUN Gombak Setia: Ahli perniagaan dipenjara 13 tahun, 2 sebatan Rogol kenalan ADUN Gombak Setia: Ahli perniagaan dipenjara 13 tahun, 2 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722244141_TBCourtHammer.jpg)
Rogol kenalan ADUN Gombak Setia: Ahli perniagaan dipenjara 13 tahun, 2 sebatan
Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, atas satu pertuduhan pindaan merogol seorang kenalan kepada ADUN Gombak Setia.
![Jangan jadikan doa Qunut Nazilah alat politik - PM Anwar Jangan jadikan doa Qunut Nazilah alat politik - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722243298_TBANWAR.jpg)
Jangan jadikan doa Qunut Nazilah alat politik - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak pembangkang kerana menggunakan doa Qunut Nazilah sebagai alat politik.
![Pelajar Tingkatan 4 sawan, hisap vape 'magic mushrooms' Pelajar Tingkatan 4 sawan, hisap vape 'magic mushrooms'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722241963_TBVAPE.jpg)
Pelajar Tingkatan 4 sawan, hisap vape 'magic mushrooms'
Seorang pelajar Tingkatan Empat dikejarkan ke hospital di daerah ini selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri dipercayai selepas mengambil rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushrooms'.
![Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei gegarkan Porte de La Chapelle Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei gegarkan Porte de La Chapelle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722243501_TBBADMINTONPARIS.jpg)
Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei gegarkan Porte de La Chapelle
Kem badminton negara melakar satu lagi kejutan di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila gandingan Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei berjaya menjinakkan pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari C
![Mat rempit kecundang, berpeluh tolak motosikal beramai-ramai Mat rempit kecundang, berpeluh tolak motosikal beramai-ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722241749_tbOpSamsengJalana.jpg)
Mat rempit kecundang, berpeluh tolak motosikal beramai-ramai
Sekumpulan mat rempit menolak motosikal mereka selepas ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Jalan Kajang Utama 2, di sini pada Ahad.
![Projek tambah baik persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar kurangkan kesesakan - Zaliha Projek tambah baik persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar kurangkan kesesakan - Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703307592_DrZalihaMustafa.jpg)
Projek tambah baik persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar kurangkan kesesakan - Zaliha
Pelaksanaan Projek Mempertingkatkan Persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar Kuala Lumpur sepanjang 1.4 kilometer (km) dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di satu daripada kawasan 'KL Congestion Hot S
AWANI Ringkas: Rangkaian global perlu selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Fahmi bincang lesen media sosial dengan menteri Singapura Josephine Teo Fahmi bincang lesen media sosial dengan menteri Singapura Josephine Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722242017_tbmediasosial.jpg)
Fahmi bincang lesen media sosial dengan menteri Singapura Josephine Teo
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengadakan rundingan dua hala dengan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura Josephine Teo pada Isnin, memfokus kepada pelesenan platform media sosial.
![Maahad tahfiz terbakar, 14 pelajar sempat lari selamat diri Maahad tahfiz terbakar, 14 pelajar sempat lari selamat diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722241213_tbkebakaranpusatt.jpg)
Maahad tahfiz terbakar, 14 pelajar sempat lari selamat diri
Seramai 14 penghuni sebuah maahad tahfiz di Jalan Sanglang di Pekan Kodiang di sini, sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran yang memusnahkan asrama pusat pengajian berkenaan, awal pagi hari ini.
Wujudkan libat urus umat Islam dan bukan Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sesi libat urus antara umat Islam dan yang lain perlu diadakan bagi membolehkan masyarakat memahami antara satu sama lain dan mengelakkan salah faham yang membawa kepada Islamofobia.
![Bekalan minyak masak di Selangor mencukupi - KPDNKK Bekalan minyak masak di Selangor mencukupi - KPDNKK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51470911960_CookingOil.jpg)
Bekalan minyak masak di Selangor mencukupi - KPDNKK
Bekalan minyak masak sama ada dalam pek atau botol di Selangor masih mencukupi walaupun terdapat aduan tiada bekalan bahan itu di sesetengah premis di Sepang, Gombak dan Kuala Kubu Baharu.