Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bantuan bekalan makanan hanya diberikan kepada ahli parti-parti tertentu sahaja adalah tidak benar.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan berbaur fitnah.
"Saya sedar, banyak dakwaan ini berlegar-legar di media sosial, dan saya ingin tegaskan ini tidak tepat sama sekali.
"Kita tidak mempolitikkan bantuan-bantuan yang diberikan. Kita ikhlas dan memberi bantuan dengan penuh integriti khususnya kepada yang kurang berkemampuan dan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk terjejas di Mukim Nabalu, di sini, pada Isnin.
Menurut Madius, mereka yang diutamakan adalah golongan ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan miskin tegar.
Tambah beliau, sekiranya ada sesiapa yang mempunyai bukti bahawa penyaluran bantuan cuma diberikan kepada ahli parti-parti tertentu diminta untuk memaklumkannya agar tindakan dapat diambil.
Sementara itu, Madius turut menyarankan agar penduduk kampung supaya melakukan penanaman sayuran di halaman rumah masing-masing sebagai persediaan menghadapi cabaran bekalan makanan di masa depan.
"Bagaimanapun, buat masa ini rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan negeri memberi jaminan bekalan makanan terutama hasil pertanian mencukupi," katanya.
Astro Awani
Mon Apr 06 2020
Madius menyampaikan sumbangan kepada salah seorang MPKK.
JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat zikir secara pelik di tanah perkuburan Setapak
Laporan keterangan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk pandangan dan tindakan susulan, termasuk kemungkinan tindakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
X fokus kepada 'X TV', 'X Money' tahun ini
X TV dilihat akan memfokuskan kepada kandungan berbentuk video, dan memudahkan ia ditonton melalui kaca televisyen.
AWANI Ringkas: Op Khas Tahun Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Khas Tahun Baharu: JPJ periksa lebih 12,000 kenderaan di enam negeri
Lebih 12,000 kenderaan diperiksa dalam operasi tahun baharu yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di enam negeri iaitu Wilayah Persekutuan melibatkan ibu negara dan Putrajaya, Selangor, P
#AWANIByte: Kenapa Perkhidmatan Media Sosial dan Penyedia Perkhidmatan Internet Perlu Dilesenkan?
MCMC memperkenalkan pelesenan yang mewajibkan penyedia perkhidmatan Internet dan media sosial memohon Lesen Kelas di bawah Akta 588 bagi melindungi pengguna di Malaysia. Untuk menangani peningkatan jenayah siber seperti penipuan, judi dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
LAMPU2024 tampil kelainan dengan konsep futuristik serta teknologi - Dr Zaliha
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, LAMPU2024 kali ini menampilkan kelainan iaitu menekankan konsep futuristik serta teknologi.
Rasuah gelaran Datuk Seri, pengarah urusan syarikat direman 6 hari
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Fahmi Reza bebas dengan jaminan polis
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton yang memaklumkan aktivis itu telah pun dibebaskan pada hari yang sama.
[TERKINI] TikTok, Wechat platform pertama terima lesen penyedia media sosial
MCMC mengumumkan syarikat induk platform media sosial TikTok, Bytedance dan Tencent bagi Wechat menjadi penyedia perkhidmatan pertama diberikan lesen bagi membolehkan beroperasi di Malaysia.
PUMA kini penaja rasmi Harimau Malaya
Jenama sukan antarabangsa PUMA kini menjadi penaja rasmi pakaian dan jersi skuad bola sepak kebangsaan Malaysia.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan menyatakan kerjasama strategik dengan jenama Jerman itu menandakan pencapaian penting untuk bola sepak negara.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan menyatakan kerjasama strategik dengan jenama Jerman itu menandakan pencapaian penting untuk bola sepak negara.
Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan mental, fizikal anggota polis
Seramai 30 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai Program Pemimpin Masa Depan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM 2024 yang diadakan dari 16 Dis hingga hari ini.
Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.
Bekalan makanan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad Sabu
Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPKM jamin bekalan makanan keperluan Aidilfitri mencukupi
Pihak kementerian memberi jaminan bekalan daging, ayam dan sayur sayuran cukup sepanjang sambutan Aidilfitri.
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
UAE umum ketibaan kapal pertama bawa bantuan di Gaza
Bantuan itu dihantar melalui koridor maritim yang dilancar dari Pelabuhan Larnaca di Cyprus ke Gaza dengan kerjasama UAE, World Central Kitchen (WCK) dan Cyprus.
KPKM bersedia hadapi kesan El Nino terhadap sektor agromakanan
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, persediaan untuk menghadapi fenomena itu dilakukan oleh agensi di bawah KPKM antaranya MADA, KADA dan IADA.
Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza
Amnesty International menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.
Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari
UNRWA mempunyai bekalan makanan di sempadan dengan Gaza yang mampu memenuhi keperluan sehingga 2.2 juta penduduk di seluruh Semenanjung Gaza.