KUALA BERANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bekalan tepung gandum dalam negara adalah stabil dan mencukupi.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid bagaimanapun berkata, bagi bekalan tepung gandum am bersubsidi, pengeluarannya terpaksa dikurangkan di pasaran, disebabkan lonjakan harga di peringkat global.
Katanya rakyat tidak perlu panik kerana bekalan makanan asas itu di pasaran setakat ini adalah mencukupi, namun terdapat sedikit peningkatan harga iaitu antara 10 hingga 30 peratus.
"Daripada segi bekalan tak terjejas... cuma harga meningkat kerana pertama isu Ukraine dengan Rusia dan kedua kos pengangkutan yang naik dengan mendadak.
"Berkenaan gandum am bersubsidi, ia adalah gandum khusus untuk kegunaan B40, jadi pengurangannya tidak menjejaskan peniaga yang buat roti canai, kuih dan sebagainya," katanya selepas meninjau program Jualan Kedai Prihatin di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Rosol berkata kerajaan tetap memantau harga minyak sawit campuran di pasaran, walaupun produk itu tidak termasuk dalam senarai barangan kawalan.
Menurutnya pengguna boleh membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang menjual produk berkenaan dengan harga yang terlampau tinggi.
"Yang kita kawal ialah minyak masak sawit tulen satu hingga lima kilogram. Kalau ada peniaga jual lebih daripada harga maksimum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2021).
"Tetapi jika ada peniaga yang ambil untung melampau atas jualan minyak sawit campuran, boleh buat aduan dan kita akan ambil tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 05 2022

Rosol berkata, bekalan makanan asas itu di pasaran setakat ini adalah mencukupi, namun terdapat sedikit peningkatan harga iaitu antara 10 hingga 30 peratus. - Bernama

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Malaysia akan beli gandum, produk berkaitan gandum dari Turkiye - PM
Beberapa syarikat Malaysia telah dikenal pasti untuk membeli gandum dan membuka ladang gandum di negara itu, antaranya Boustead Holdings.

Selangor, Pulau Pinang, Sabah pengimport utama gandum pada Mei 2022 - Perangkaan
Nilai import gandum belum dikilang ke Malaysia pada Mei 2022 meningkat 98.5 peratus tahun ke tahun kepada RM227.5 juta.

Pemimpin Afrika mahu pengecualian embargo import gandum, baja dari Rusia
Pengecualian sekatan kewangan terhadap Moscow oleh negara-negara Eropah untuk meneruskan perdagangan tenaga dengan Rusia juga harus diguna pakai terhadap import Afrika.

UAE hentikan eksport gandum dari India selama empat bulan
Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan.

Bekalan gandum dalam negara mencukupi - KPDNHEP
Bagi bekalan tepung gandum am bersubsidi, pengeluarannya terpaksa dikurangkan di pasaran, disebabkan lonjakan harga di peringkat global.

Malaysia belum sampai ke peringkat krisis makanan - MAFI
Meskipun terdapat sedikit gangguan terhadap bekalan makanan khususnya ayam dan gandum, namun ia tidak menjejaskan bekalan negara.

Dunia berdepan krisis kelaparan yang tidak pernah terjadi sebelum ini - Pakar
Ukraine antara pengeksport gandum utama dunia, menggantung eksportnya akibat operasi ketenteraan Rusia di negara itu.

India sekat eksport gandum, pemain industri jamin bekalan mencukupi di Malaysia
Beberapa syarikat pengeluar tepung dalam negara menjangkakan bekalan bahan itu dalam negara tidak terjejas susulan larangan eksport gandum yang dikenakan India.

India henti eksport gandum berkuat kuasa serta-merta
Larangan eksport memandangkan konflik Rusia-Ukraine telah mengganggu bekalan gandum global dan komoditi utama lain.

Krisis Rusia-Ukraine: Afrika alami kenaikan harga makanan yang tinggi - Pakar
Rusia adalah pengeksport terbesar gandum di dunia, dan Ukraine adalah yang kelima terbesar.