Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) pagi ini memaklumkan bekalan air di kesemua kawasan Wilayah Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan tidak berjadual sejak Ahad lepas, kini telah pulih.

Menurut kenyataan Air Selangor hari ini, hanya beberapa premis yang berada di lokasi tinggi dan di penghujung sistem agihan, yang masih mengalami gangguan bekalan serta tekanan rendah.

Gangguan bekalan air itu berpunca daripada kerosakan sistem elektrikal Loji Rawatan Air Sungai Langat, yang menyebabkan isipadu pengeluaran air berkurang.

Pihak Air Selangor memohon maaf atas segala kesulitan, dan untuk sebarang bantuan para pelanggan boleh hubungi talian 15300, atau Whatsapp ke 019-2816793 / 019-2800919.

BACA: 22 kawasan pulih daripada masalah air berbau - Air Selangor

BACA: Pencemaran bau di sumber air mentah, 204 kawasan di Selangor bakal hadapi masalah

-- BERNAMA