Dua juta penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya bakal berdepan dengan masalah bekalan air bersih jika cuaca panas berterusan untuk tiga minggu lagi.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, paras air di Sungai Selangor dan Empangan Klang Gate kini berada di bawah 60 peratus kapasiti dan akan semakin menurun jika musim panas berterusan.
"Pada masa ini, Empangan Sungai Selangor hanya mempunyai 57.63 peratus air dan Empangan Klang Gate hanya mempunyai 58 peratus. Paras air ini boleh menurun lagi kepada 45 peratus jika tidak ada hujan dalam masa 16 hari.
"Walaupun air yang sedia ada masih dalam kawalan, kita perlu lakukan sesuatu . Jika kemarau ini berterusan, kita mungkin perlu mencatu air," katanya pada sidang media selepas lawatan ke Empangan Sungai Selangor di sini, pada Khamis .
Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu, di sini, yang boleh menampung 220 meter padu air, memenuhi 60 peratus daripada keperluan air di Lembah Klang.
Mahdzir berkata beliau telah mengarahkan satu mesyuarat diadakan di antara pihak-pihak berkenaan untuk merangka langkah berjaga-jaga jika paras air di kedua-dua empangan terus menurun.
Beliau berkata selain daripada air catuan, antara langkah lain yang akan diambil jika air dalam simpanan terus jatuh ke tahap kritikal adalah termasuk pembenihan awan.
"Pembenihan awan akan dilakukan di kawasan tadahan air Sungai Selangor dan kawasan-kawasan lain jika tahap empangan jatuh kepada 45 peratus atau 103.5 juta meter padu."
Beliau berkata penurunan paras air juga disebabkan oleh peningkatan serta penggunaan air yang tinggi di Lembah Klang.
Sementara itu, beliau berkata paras air empangan di Kedah , Perlis dan Pulau Pinang berada dalam kawalan walaupun kemarau melanda di tiga negeri itu.
Semalam, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred berkata, tempoh antara Januari sehingga April memang dijangka panas.
“Cuaca panas atau ‘kemarau’ ini memang biasa sekitar Januari sehingga April. Paras air di beberapa empangan dan sungai semakin menurun.
“Ini biasa berlaku semasa musim panas. Oleh itu, kami nasihatkan pengguna menggunakan air secara berhemah,” katanya.
Jabatan Meterorologi semalam mengesahkan bahawa suhu cuaca di Semenanjung semakin meningkat daripada 35 darjah celsius minggu lepas ke 36 darjah celsius minggu ini.
Astro Awani
Thu Feb 13 2014
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
AIR 2040 mampu pacu Malaysia sebagai hab utama sektor air - Fadillah
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.
Perosak aset bekalan air wajar dikenakan denda setimpal - Julaihi
Ordinan Air Sarawak perlu disemak semula bagi memasukkan peruntukan denda yang setimpal terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan kerosakan aset bekalan air di negeri itu.
Kerja ganti paip siap 90 peratus, pengguna dapat bekalan air malam ini - PBAPP
Projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh, siap 90 peratus.
SPAN serbu sebuah premis disyaki curi air di Pantai Remis
SPAN menyerbu sebuah premis selepas didapati melakukan penyambungan bekalan air secara haram dalam operasi khas dilaksanakan sekitar Pantai Remis dekat Lumut sejak 23 Sept hingga hari ini.
Menteri Besar Kedah wajar utamakan rakyat hadapi ujian banjir - Dr Taufiq
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sewajarnya meletakkan keutamaan lebih tinggi untuk bersama-sama rakyat negeri itu yang sedang menghadapi ujian banjir.