TAIPING: Hujan lebat berterusan sejak petang Ahad menyebabkan beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar ini dilanda banjir kilat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, antara kawasan yang terjejas adalah Taman Seri Kota Fasa II, Kampung Sempadan, Kampung Air Kuning dan Taman Kuning Sari.
Katanya, setakat ini seramai 10 orang mangsa dipindahkan ke Dewan Air Kuning di sini, bagi penempatan sementara.
"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat itu pada jam 6.05 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping bergegas ke lokasi.
"Operasi turut dibantu anggota dari BBP Kamunting, Batu Kurau dan Bagan Serai.
"Setibanya jentera di lokasi kejadian, mereka mendapati berlaku banjir kilat di kawasan perumahan itu, kerja-kerja pemantauan sedang dijalankan.
"Setakat ini seramai 10 orang sudah dipindahkan ke Dewan Air Kuning iaitu empat lelaki dewasa dan enam orang kanak-kanak," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi operasi pemantauan masih berjalan dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke semasa.
Operasi itu diketuai oleh Ketuai Balai BBP Taiping, Rafeel Hairul Richard.
Aida Aziz
Sun Aug 28 2022
Setakat ini seramai 10 orang mangsa dipindahkan ke Dewan Air Kuning di sini, bagi penempatan sementara. - Gambar/ JBPM
KPM lancar Kit Duta Sahsiah bantu sekolah bangunkan pendidikan karakter pelajar
Kementerian Pendidikan melancarkan Kit Duta Sahsiah, satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan pendidikan karakter pelajar.
Jadilah jutawan pertama Zest-i Account, berpeluang membawa pulang wang tunai RM1 juta!
Maksimumkan peluang anda untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM5 juta dengan Zest-i Account.
Proses lombong REE di Kelantan lewat kerana berada dalam hutan simpan
Taburan mineral unsur nadir bumi (REE) dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) antara yang menyebabkan berlaku kelewatan proses perlombongan hasil bumi itu di Kelantan.
Kerajaan kaji, teliti laporan syarat warga emas perbaharui lesen memandu
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan tidak terburu-buru untuk meletakkan syarat dan akan meneliti dengan lebih lanjut cadangan menetapkan syarat baharu bagi pemandu warga emas.
#AWANInews
#AWANInews
ASEAN Express hubungkan Malaysia-China jadi pengangkutan alternatif
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ASEAN Express akan membuka laluan pengangkutan rel masa hadapan yang berpotensi tinggi untuk dijadikan sebagai pengangkutan alternatif.
#AWANInews
#AWANInews
Hidap kanser prostat, Kieran selesai uruskan wasiat
Selepas disahkan menghidap kanser prostat, bekas penyampai radio, Kieran memberitahu dia kini lega setelah semua urusan wasiat selesai.
Tekanan kerja: Pekerja UK paling tertinggi dalam kalangan negara Eropah
Laporan itu diterbitkan untukCommission for Healthier Working Lives untuk memperbaiki situasi pekerjaan yang diperlukan dalam perundangan baharu.
Hyundai Motors labur RM2.16 bilion buka kilang kereta ICE, hibrid di Kulim – Tengku Zafrul
Hyundai Motors bersetuju untuk melabur RM2.16 bilion bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid di Kulim, Kedah.
Mengurus risiko dalam aset pelaburan aset alternatif
Ketahui strategi pelaburan aset alternatif seperti Bitcoin, minyak, dan emas dengan memahami risiko dan ganjaran yang terlibat. Artikel ini membincangkan cara mengimbangi portfolio pelaburan anda untuk mencapai diversifikasi yang berkesan tanpa mengorbankan kecairan.
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, kata polis.
Beberapa kawasan di Taiping dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak petang Ahad menyebabkan beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar ini dilanda banjir kilat.