KOTA KINABALU: Sebanyak 113,965 pengguna di beberapa lokasi di Sabah dan Labuan mengalami gangguan bekalan elektrik susulan berlaku belantik serentak di beberapa penjana kuasa bebas (IPP) di Sepanggar di sini lewat petang Ahad.
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Norhizami Abu Hasan berkata jumlah pengguna terjejas itu melibatkan 18 peratus daripada keseluruhan pengguna elektrik syarikat tersebut dalam kejadian bermula pukul 5.59 petang Ahad.
Beliau berkata gangguan elektrik itu melibatkan beberapa lokasi tertentu di bandar seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Tuaran, Pitas, Keningau, Semporna, Sandakan dan Labuan.
"Gangguan bekalan yang lebih besar berjaya dielak apabila sistem perlindungan grid yang beroperasi secara automatik berfungsi dengan berkesan.
Kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan secara berperingkat bermula pukul 7.43 malam dan pulih sepenuhnya pada pukul 9.39 malam," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini malam tadi.
Beliau berkata satu pasukan penyiasat telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca utama kejadian itu dan kaedah-kaedah mitigasi bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 25 2021

Jumlah pengguna terjejas itu melibatkan 18 peratus daripada keseluruhan pengguna elektrik syarikat tersebut dalam kejadian bermula pukul 5.59 petang Ahad.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Seluruh Sri Lanka alami gangguan bekalan elektrik
Pihak berkuasa Sri Lanka sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik susulan gangguan menyeluruh yang berlaku pada Ahad.

LRA Labohan Dagang beroperasi sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula 5 pagi ini.

Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB
Bekalan air yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik.

CIQ BSI alami gangguan bekalan elektrik selama satu jam
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), mengalami gangguan bekalan tenaga elektrik selama sejam, petang tadi.

Ribuan penduduk Australia Selatan alami gangguan bekalan elektrik akibat ribut petir
Setakat jam 6 pagi, lebih 10,000 rumah dan perniagaan masih mengalami gangguan bekalan elektrik, kebanyakannya di Adelaide.

Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu alami gangguan bekalan elektrik
Beberapa kawasan di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu sedang mengalami gangguan bekalan elektrik.

Kampung, taman perumahan di Labuan terputus bekalan air akibat gangguan elektrik
Lebih 20 kampung dan beberapa kawasan taman perumahan di Labuan terjejas teruk akibat terputus bekalan air sejak Isnin lepas setelah pam air utama rosak susulan gangguan bekalan elektrik.

CAAM sahkan gangguan elektrik di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur
CAAM mengesahkan bahawa gangguan bekalan elektrik telah berlaku di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang.

Siklon Gabrielle landa New Zealand, 15,000 pengguna terputus bekalan elektrik
Gangguan bekalan elektrik dijangka berterusan sehingga Isnin, berikutan keadaan cuaca bertambah buruk.

Pakistan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
Gangguan bekalan di negara itu disebabkan penurunan mendadak dalam frekuensi sistem penghantaran kuasa.