Dalam menggubal Akta Gangguan Seksual, beban bukti di pihak mangsa turut dikaji termasuk kemungkinan memperkenalkan piawaian berbeza dalam memastikan jenayah itu dapat dibuktikan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh Tseow Suan.
Beliau berkata banyak mangsa gangguan seksual tidak melaporkan kes itu kerana jenayah itu bersifat subjektif dan sukar untuk mengemukakan bukti bahawa mereka menjadi mangsa.
"Gangguan seksual sangat subjektif, kadang-kadang ia bukan fizikal tapi lisan, kata-kata anda menentang kata-kata saya, jadi bila kita mahu gubal akta itu nanti, kita akan pastikan beban bukti di pihak mangsa mengikut piawaian berbeza," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Anggota Parlimen Kota Tinggi Datuk Halimah Mohamed Sadique mengenai akta itu yang tidak sempat dikemukakan di Dewan Rakyat hari ini.
"Untuk hukuman bagi jenayah itu, senario paling teruk pun buang kerja sahaja dan kalau kita mahu pergi jauh mahu pastikan dia dipenjara kena guna Kanun Keseksaan dan banyak mangsa tidak bersedia, sebab itu kenapa kita perlukan akta spesifik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
"Pada masa ini kita tidak ada undang-undang khusus bagi gangguan seksual tetapi kita ada kod etika dan peraturan atau garis panduan seperti Kanun Keseksaan, Pindaan Akta Kerja 1955, Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.
"Akta Gangguan Seksual itu akan digubal sebaik sahaja kajian menyeluruh mengenai kes gangguan seksual selesai dilakukan pada hujung Januari 2019", katanya.
Yeoh berkata hasil kajian itu nanti akan diteliti dan dijadikan panduan untuk kementerian menggubal akta itu seterusnya dapat menangani kelemahan dalam perundangan dan peraturan sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 24 2018
![Beban bukti gangguan seksual turut dikaji - Hannah Yeoh Beban bukti gangguan seksual turut dikaji - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540387972_Hannahyeoh.jpg)
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh pada sidang media ketika menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739416894_KBSentral.jpg)
Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral
Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan KB Sentral sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415707_CheTa.jpg)
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739415150_LembagaAirPerak.jpg)
Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
![Ranking IPTA, kemaruk gajet, antara tumpuan Dewan Rakyat Ranking IPTA, kemaruk gajet, antara tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51458911926_Graduationhatscroll.jpg)
Ranking IPTA, kemaruk gajet, antara tumpuan Dewan Rakyat
Usai sesi itu, tumpuan persidangan teralih pula kepada pembentangan kali pertama Rang Undang-undang Pengangkutan Barang Melalui Laut (Pindaan) 2019 oleh Kementerian Pengangkutan.
![Gubal segera undang-undang gangguan seksual di tempat kerja - Wanita PKR Gubal segera undang-undang gangguan seksual di tempat kerja - Wanita PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41542365616_HanizaMohamedTalha.jpg)
Gubal segera undang-undang gangguan seksual di tempat kerja - Wanita PKR
Wanita PKR akan mengusulkan kepada kerajaan agar menggubal undang-undang berkaitan ganguan seksual di tempat kerja dengan kadar segera.
![Beban bukti gangguan seksual turut dikaji - Hannah Yeoh Beban bukti gangguan seksual turut dikaji - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540387972_Hannahyeoh.jpg)
Beban bukti gangguan seksual turut dikaji - Hannah Yeoh
Dalam menggubal Akta Gangguan Seksual, beban bukti di pihak mangsa turut dikaji termasuk kemungkinan memperkenalkan piawaian berbeza dalam memastikan jenayah itu dapat dibuktikan.