Bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumahnya pada Jumaat lepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.
Menurut ibunya, Nina Suraya Sulaiman, 24, Mohamed Hareez Mohd Zamri dibawa ke HTAA kira-kira pukul 8.30 malam tadi selepas dia didapati tidak bergerak seperti biasa walaupun dalam keadaan tidur.
"Malam tadi selepas semua tetamu yang mengunjunginya pulang, saya cuba mengejutkannya. Saya ingatkan dia tidur tetapi tiada sebarang reaksi," katanya ketika ditemui pemberita di HTAA hari ini.
Katanya, dia maklumkan perkara itu kepada ahli keluarga yang lain sebelum membawa anak sulungnya itu ke HTAA.
Nina Suraya berkata pihak hospital telah menjalankan ujian imbasan dan beberapa pemeriksaan lain ke atas anaknya, namun laporan penuh pemeriksaan masih belum diketahui.
"Saya harap semuanya baik dan jika dilihat keadaan anak saya, dia sudah minum susu seperti biasa walaupun berada dalam keadaan lemah," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret esok mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.
Pada 15 Feb lepas, bapa kepada bayi itu, 42, membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya itu di ruang tamu sehingga terjatuh mengalami lebam-lebam ditangan dan cedera di kaki kiri.
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada jam 7.45 pagi.
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut.
Pembantu rumah tersebut ditahan pada hari yang sama.
Bernama
Mon Feb 18 2013
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Korea Utara alami korban besar – AS
Tentera Korea Utara dilaporkan mengalami korban besar di medan perang Rusia-Ukraine.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Iran tarik balik larangan ke atas WhatsApp & Google Play
Iran kurangkan sekatan internet dengan menarik balik larangan WhatsApp dan Google Play. Langkah ini mencetuskan perbincangan tentang penapisan dan akses media sosial global.
Presiden Jerman bubarkan Parlimen untuk pilihan raya
Steinmeier arahkan pilihan raya awal susulan kejatuhan gabungan kerajaan Scholz. Tinjauan menunjukkan parti Scholz ketinggalan di belakang blok konservatif pembangkang.
Israel serbu hospital Gaza, pesakit dan kakitangan dipindah
Tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan, utara Gaza, dan memaksa pemindahan ratusan pesakit dan orang awam, menyebabkan sebahagian kawasan hospital terbakar, kata pegawai Kementerian Kesihatan.
Serangan udara Israel di tempat lain di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 dalam sebuah rumah di Gaza City, menurut petugas perubatan.
Serangan udara Israel di tempat lain di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 dalam sebuah rumah di Gaza City, menurut petugas perubatan.
Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran tarikan baharu di Gua Musang
Batu seberat 100 metrik tan beri imej baharu kepada kawasan tersebut, sambil mempromosi batu marmar asli bermutu tinggi di jajahan itu.
Nahas J2-8243: Rusia dakwa kabus tebal dan serangan dron punca
Pesawat Azerbaijan Airlines ubah haluan akibat kabus tebal dan amaran dron Ukraine. Rusia beri jaminan sokongan siasatan sambil menegaskan pentingnya menunggu laporan rasmi.
Bayi mangsa dera jalani rawatan lanjut di HTAA
Bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumahnya pada Jumaat lepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.