MELAKA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka mengeluarkan notis sita (LAK) terhadap sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Pertam Jaya yang dipercayai terbabit dalam kejadian bayi lelaki mengalami pendarahan otak.
Pengarah JKM Melaka, Zulkifli Hanifah berkata, tindakan itu diambil selepas siasatan yang dijalankan mendapati taska yang baru berpindah Ogos lalu di rumah teres berkembar itu tidak berdaftar.
Menurutnya, pemilik taska gagal mendaftarkan taska berkenaan di bawah JKM dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
Katanya, kegagalan pihak taska mengemukakan bukti atau perakuan pendaftaran kepada JKM selepas tempoh 21 hari dari tarikh sitaan, membolehkan pihaknya mengambil tindakan lanjut.
"Taska terbabit sebelum ini beroperasi di lokasi lain dan berdaftar pada tahun 2021, namun selepas berpindah ke lokasi baharu mereka tidak mendaftarkan operasi taska.
"Mereka boleh dikenakan kompaun atau didakwa kerana gagal mengemukakan perakuan pendaftaran, lebih-lebih lagi bayi lelaki itu dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang bayi lelaki berusia setahun sembilan hari kritikal akibat pendarahan di kepala selepas didakwa tidak sedarkan diri ketika berada di taska itu pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ibu bapa kanak-kanak berkenaan dihubungi pemilik taska melalui aplikasi WhatsApp kira-kira jam 9.30 pagi dan diminta segera mengambil mangsa.
Menurutnya, individu terbabit memaklumkan kepada pasangan suami isteri itu bahawa anak kedua daripada dua beradik itu secara tiba-tiba diserang sawan ketika dimandikan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 02 2023

Zulkifli meletakkan pita di premis taska di Taman Pertam Jaya di Melaka, pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bayi lelaki kritikal, JKM bertindak sita taska
JKM Melaka mengeluarkan notis sita (LAK) terhadap sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Pertam Jaya yang dipercayai terbabit dalam kejadian bayi lelaki mengalami pendarahan otak.