Ketua Polis Daerah Manjung, Superintendan Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu kira-kira jam 6.54 petang.
Menurutnya, siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
“Bayi tersebut telah dijumpai oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa surau yang datang untuk aktiviti membersihkan persekitaran surau sebelum menyedari bunyi tangisab bayi lalu mengekori bunyi itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, bayi berkenaan telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bayi berkenaan.
Hasbullah meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu, agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-1624 0391 atau Bilik Gerakam IPD Manjung di talian 05-688 6222 dan hotline Whatsapp 014-682 8005.