KLUANG: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang cedera disyaki digigit oleh anak pengasuh seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, semakan mendapati laporan polis telah dibuat ibu bayi itu pada jam 5.30 petang, Rabu lalu.
"Laporan dibuat wanita berkenaan mengenai kes anak yang berumur enam bulan mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun.
"Hasil siasatan, pengasuh merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an telah dikenal pasti dan akan dirakam percakapan pada Isnin bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Bahrin, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum penjara sampai 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sebelum itu, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi itu menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad tanpa mendedahkan lokasi rumah pengasuh berkongsi kejadian yang menimpa bayinya.
"Hari pertama di rumah pengasuh berakhir dengan tragedi yang perit bagi aku dan anak-anak. Baby Luth yang baru enam bulan digigit oleh anak pengasuh.
“Lebih lapan gigitan sehingga terkoyak kulit berdarah di baju,” tulisnya.
Selain itu, seorang lagi anak lelakinya pula didakwa dilempang sehingga trauma.
“Abang Nuh pula kesan lempang berbirat jari orang dewasa di muka. Sampai sekarang abang Nuh masih trauma hingga demam-demam.
“Dia sendiri saksi nampak adik dia kena gigit...Doakan Luth dan Nuh cepat sembuh luka, demam dan trauma,” ujarnya tanpa menyatakan umur seorang lagi anaknya," tulisnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 14 2024

Keadaan belakang badan seorang bayi lelaki yang mempunyai kesan gigitan. - Foto tular/Sinar Harian
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Bayi cedera dipercayai digigit, polis akan panggil pengasuh
Laporan polis telah dibuat ibu bayi itu pada jam 5.30 petang, Rabu lalu.

Bayi 8 bulan cedera digigit, pengasuh ditahan
Seorang pengasuh berusia 43 tahun ditahan Sabtu lepas kerana disyaki cuai sehingga menyebabkan seorang bayi jagaannya berusia lapan bulan cedera di muka dan telinga.