GEORGE TOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) hari ini mengesahkan kadar bayaran sagu hati bagi jurunikah dan dua orang saksi nikah di negeri itu naik bermula 1 Mac ini seperti surat yang tular sejak semalam.
Pengarahnya Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata bayaran sagu hati tersebut dinaikkan daripada RM120 kepada RM250 iaitu kadar baharu selepas 15 tahun.
"Sebelum ini sagu hati untuk jurunikah adalah RM100 manakala kedua-dua saksi pula RM10 seorang. Pada 1 Mac nanti, jurunikah akan menerima sagu hati RM150 manakala kedua-dua saksi RM50 seorang," katanya yang dihubungi hari ini.
Beliau berkata kadar baharu itu berpatutan atas jasa jurunikah dan kedua-dua saksi memandangkan tugas mereka bukan mudah kerana bertanggungjawab memastikan majlis akad nikah berjalan lancar mengikut syariat ditetapkan.
"Tinjauan yang dijalankan JHEAIPP mendapati kadar upah saksi terlalu rendah iaitu RM10 sahaja seorang, jadi kadar baharu ini diharapkan dapat membantu mereka," katanya.
Sejak semalam tular satu surat menerusi media sosial memaklumkan Mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang bersidang pada 8 Dis lepas telah bersetuju meluluskan cadangan menaikkan bayaran sagu hati jurunikah dan dua orang saksi nikah di negeri itu daripada RM120 kepada RM250 bermula 1 Mac ini.
Menerusi surat itu, turut dimaklumkan perkara tersebut akan dihebah kepada pegawai dan kakitangan di semua Pejabat Agama daerah untuk tindakan bermula bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
![Bayaran sagu hati jurunikah dan saksi naik di P. Pinang Bayaran sagu hati jurunikah dan saksi naik di P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637399450_NikahGeneric.jpg)
Bayaran sagu hati tersebut dinaikkan daripada RM120 kepada RM250 iaitu kadar baharu selepas 15 tahun. - Gambar fail
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Najwa Latif selamat bernikah, pilih pasangan duet sebagai suami Najwa Latif selamat bernikah, pilih pasangan duet sebagai suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668220125_najwalatif.jpg)
Najwa Latif selamat bernikah, pilih pasangan duet sebagai suami
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.
![Bayaran sagu hati jurunikah dan saksi naik di P. Pinang Bayaran sagu hati jurunikah dan saksi naik di P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637399450_NikahGeneric.jpg)
Bayaran sagu hati jurunikah dan saksi naik di P. Pinang
Bayaran sagu hati tersebut dinaikkan daripada RM120 kepada RM250 iaitu kadar baharu selepas 15 tahun.
![Boleh nikah di masjid negeri PKP dengan 20 tetamu Boleh nikah di masjid negeri PKP dengan 20 tetamu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/81587876492_NikahGeneric.jpg)
Boleh nikah di masjid negeri PKP dengan 20 tetamu
Keputusan itu juga sekali gus membolehkan majlis akad nikah diadakan bukan hanya di pejabat agama seperti yang dibenarkan sebelum ini.
![Perak benarkan majlis akad nikah sepanjang tempoh PKP Perak benarkan majlis akad nikah sepanjang tempoh PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584776114_NikahGeneric.jpg)
Perak benarkan majlis akad nikah sepanjang tempoh PKP
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, majlis itu hendaklah menurut panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
![Tangguh semua majlis akad nikah di Perak - Pengarah JAIPk Tangguh semua majlis akad nikah di Perak - Pengarah JAIPk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508919632_NikahGeneric.jpg)
Tangguh semua majlis akad nikah di Perak - Pengarah JAIPk
Semua Pegawai Tadbir Agama (PTA) perlu mengambil maklum mengenai arahan tersebut dan membuat tindakan lanjut mengikut daerah masing-masing.