Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.
Kakak kepada Najwa, Syafika Latif berkata, majlis yang berlangsung di daerah Batu Pahat, Johor itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Alhamdulillah Najwa selamat bernikah jam 8:30 pagi dengan sekali lafaz sahaja.
“Majlis nikah pun berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan disebabkan kes COVID-19 tengah naik.
“Majlis persandingan pun akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja dulu, jika ada majlis lain kami akan maklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Difahamkan juga, majlis persandingan berlangsung pada sebelah petang di lokasi yang sama tempat pasangan itu dinikahkan.
Terdahulu, pelantun Cinta Muka Buku itu memuat naik foto pernikahan di Instagram untuk tontonan umum.
“Alhamdulillah, kami dah grad,” tulisnya secara ringkas.
Pada hantaran tersebut, Najwa dan Akwa dilihat manis mengenakan pakaian serba putih sambil merakam gambar di atas pelamin.
Rata-rata peminat turut teruja dan meluahkan rasa syukur selain mendoakan agar pasangan itu bahagia hingga ke jannah. - Gempak