Semua penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun lalu akan menerima bayaran pertama bagi BR1M 2017 selewat-lewatnya Jumaat depan secara berperingkat mengikut kategori masing-masing.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Khamis berkata ia termasuk 705,562 pemohonan yang ditolak kerana memiliki lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bagaimanapun pemohon yang mempunyai lesen SSM masih perlu mengemukakan penyata pendapatan perniagaan atau penyata akaun bank berkaitan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa tempoh rayuan sehingga 31 Mei ini bagi mengesahkan maklumat pendapatan mereka.
"Merujuk kepada kegagalan permohonan yang berkaitan dengan data pendaftaran SSM, kerajaan telah membuat semakan di mana seramai 887,198 pemohon yang gagal BR1M 2017 kerana tidak mengemukakan dokumen pendapatan yang lengkap.
"Antaranya penyata pendapatan perniagaan atau penyata bank pemohon walaupun mempunyai pendapatan melalui perniagaan sendiri," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan bayaran BR1M 2017 peringkat kedua dan seterusnya tidak dapat diteruskan.
Hampir 6,320,769 permohonan diluluskan BR1M 2017 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 bilion.
Ia merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,242,048 penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada 2,786,803 penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2017
Hampir 6,320,769 permohonan diluluskan BR1M 2017 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 bilion.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Bayaran akhir STR disalur secara berperingkat bermula esok - MOF
Kerajaan akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat bermula esok kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Isu FashionValet: Vivy Yusof, suami sambung beri keterangan kepada SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung proses merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang dijadualkan pagi ini
200 lagi Kampung Angkat MADANI pada tahun depan
Johan berkata jumlah tambahan kampung angkat melibatkan peruntukan RM200 juta itu akan dilaksanakan berikutan penerimaan baik yang diterima.
SPRM mulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan FashionValet
SPRM memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Khazanah, PNB jual pegangan RM47 juta dalam FashionValet pada harga RM3.1 juta
Khazanah pada mulanya melabur RM27 juta ke dalam FashionValet pada 2018 manakala PNB memasukkan RM20 juta.
Pelaksanaan sijil pematuhan cukai secara rintis diperluas hingga 31 Mac 2025
TCC akan menjadi dokumen yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan serta memenuhi obligasi dan patuh kepada undang-undang percukaian negara.
PM Anwar tinjau persiapan Belanjawan 2025
Anwar yang tiba kira-kira 9.40 pagi disambut oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dijangka turun kepada 7.5 peratus pada 2024
Sehingga akhir Jun 2024, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.22 trillion.
KPM tubuh jawatankuasa khas kurangkan ketidakhadiran calon SPM
Jawatankuasa Khas Tindakan Gempur Kehadiran Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025, ditubuh dalam usaha mengurangkan jumlah ketidakhadiran calon.
Belanjawan 2025 ambil kira cadangan pelbagai industri, rakyat akar umbi
Johan berkata pihaknya kini dalam proses memuktamadkan ucapan dan langkah belanjawan yang akan diumum Perdana Menteri kelak.