Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula esok memberi sinar kepada golongan yang bekerja sendiri selepas pendapatan mereka terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac.
Bantuan tunai itu disifatkan sebagai pertolongan untuk meneruskan kelangsungan hidup, khususnya kepada mereka yang selama ini menjadi penanggung tunggal keluarga.
Bagi tukang kebun V. Tamilarasan, 54, dari Taman Tas di sini, bantuan sebanyak RM1,000 daripada keseluruhan RM1,600 yang layak diterimanya esok membantu 'menutup kelompongan' dalam pendapatan bulananannya sebelum PKP berkuat kuasa.
"Selalunya saya boleh memperoleh RM2,000 sebulan yang digunakan untuk menyara lapan ahli keluarga. Sejak PKP, permintaan kerja amat kurang sehingga pendapatan itu berkurangan separuh sedangkan perbelanjaan bulanan masih sama.
"Jadi BPN akan digunakan untuk membeli barangan dapur dan membayar bil. Jika berbaki, saya akan simpan kerana simpanan sedia ada tidak banyak sedangkan kita tidak tahu bila keadaan akan kembali pulih atau jika PKP akan dilanjutkan," katanya semasa ditemui Bernama.
Tamilarasan merupakan antara kira-kira empat juta isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah dan layak menerima bantuan BPN sebanyak RM1,600 yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac.
BPN, yang melibatkan dua fasa pembayaran iaitu pada esok dan Mei, bertujuan membantu meringankan beban kewangan rakyat terkesan susulan pelaksanaan PKP bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Penjual kuih, Afiq Zakwan Mohamed Ansary, 23, pula bersyukur dengan BPN yang akan diterima kerana pendapatan hariannya turun secara mendadak selepas kedai tempat dia meletak kuih tidak beroperasi ekoran pelaksanaan PKP.
Afiq Zakwan berkata dia bertekad untuk berjimat cermat menggunakan wang tunai RM1,000 yang bakal diterima bagi perbelanjaan keluarga kecilnya kerana tidak mahu menyusahkan orang tua atau adik-beradik lain yang turut mempunyai tanggungan sendiri.
"Saya mempunyai anak kecil berusia lima tahun, sudah pasti keperluan makan minumnya menjadi keutamaan kami suami isteri. Wang yang akan diterima akan dibelanjakan terlebih dahulu untuk keperluan asas kami tiga beranak.
"Tapi tidak bermaksud wang itu akan digunakan dengan boros. Jika sebelum ini saya membeli pelbagai jenis barangan dapur, sejak PKP saya lebih pandai berjimat dengan hanya memastikan satu jenis bahan mentah sahaja dimasak sehari," katanya.
Pekerja di sebuah pusat sukan, Mohd Firdaus Ghazali, 27, yang layak menerima BPN sebanyak RM800 bagi individu bujang di bawah pendapatan RM2,000 sebulan, berkata bantuan itu akan digunakan bagi menyelesaikan komitmen bulanan yang tidak mendapat pengecualian dalam pakej PRIHATIN.
Komitmen bulanan Mohd Firdaus masih berjalan kerana menggunakan perkhidmatan syarikat kredit untuk membeli kereta terpakai, menyebabkan dia agak runsing apabila tugasannya kurang selepas pelaksanaan PKP.
"Saya risau juga jika bulan ini tak dapat hulur kepada orang tua, tapi wang RM500 yang akan diterima esok membolehkan saya untuk terus menyumbang kepada perbelanjaan keluarga walaupun mungkin jumlahnya tidak banyak seperti selalu.
"Apatah lagi saya tinggal dengan keluarga... tak seronok jika tidak membantu kerana kami bukan orang senang. Emak juga, bila ada peluang, akan mengambil tempahan memasak untuk penghantaran secara kecil-kecilan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020
BPN bertujuan membantu meringankan beban kewangan rakyat terkesan susulan pelaksanaan PKP. - Bernama
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Fasa pertama bayaran Bantuan Prihatin Rakyat bermula esok - Tengku Zafrul
Ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah iaitu sebanyak RM300 setiap penerima dan 4.05 juta yang akan menerima RM150 setiap seorang untuk kateogori individu bujang.
Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam masa seminggu - Tengku Zafrul
BPN 2.0 yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.
PERMAI: Bayaran fasa kedua BPN 2.0 Khamis ini
Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dilaksanakan bermula 21 Januari ini.
PKP 2.0: Bantuan pindahan tunai perlu diterus dan segerakan - Penyelidik
Penyelidik, Adam Manaf Mohamed Firouz berkata bantuan kewangan tersebut dilihat merupakan bantuan yang paling berkesan tatkala PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu.
BPN 2.0 mula dibayar 21 Januari ini
Byaran BPN fasa kedua dipercepatkan ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Kerajaan akan umum tarikh pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) dalam masa terdekat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Lebih 9.86 juta terima BPN 2.0 setakat 3 November 2020
Sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 setakat 3 November 2020.
BNM, industri perbankan tambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pihaknya telah bekerjasama dengan industri perbankan untuk menambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.
Belanjawan 2021: 'Bantuan untuk 'Makcik Kiah' sudah tidak ada' - Penganalisis ekonomi
Bantuan Khas Prihatin yang diberikan kepada golongan bekerja sendiri seperti 'Makcik Kiah' tidak mencukupi dan mereka tetap perlu dibantu tahun hadapan.
Bayaran fasa pertama BPN 2.0 bermula awal dari jadual
Pembayaran sedang dibuat secara berperingkat dengan mengutamakan golongan B40 melibatkan 7.5 juta penerima iaitu 3.7 juta penerima kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang.