KUALA LUMPUR:Sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 setakat 3 November 2020.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.
"Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah bermula mulai 26 Oktober 2020.
"Terdapat juga kira-kira 6,000 penerima yang didapati gagal kredit yang melibatkan jumlah RM2.71 juta. Mereka boleh membuat penunaian Bantuan BPN2.0 mulai minggu kedua November 2020 ini mengikut SOP yang ditentukan," katanya semasa mengumumkan Laporan Laksana ke-28 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin) pada Khamis.
BACA: Laporan Laksana Ke-28 Pelaksanaan Pakej PENJANA & PRIHATIN
BACA: Belanjawan 2021: Golongan M40 tetap dapat perhatian - Tengku Zafrul
IKUTI PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Kerajaan juga mengingatkan bahawa tempoh permohonan baharu BPN 2.0 masih dibuka sehingga 15 November 2020.
"Bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekali gus pada bulan Januari 2021," ujarnya lagi.
Beliau pada masa sama, mengumumkan bahawa permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) telah ditutup pada 31 Oktober 2020.
"Saringan kelayakan sedang dibuat. PKS Mikro yang layak bakal menerima bantuan one-off berjumlah RM3,000 dan bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020," kata beliau.
Astro Awani
Thu Nov 12 2020

TENGKU ZAFRUL: Sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 setakat 3 November 2020. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.

UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri
Tengku Zafrul berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan.

Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).

MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.

Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.

Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.

Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.

Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.

MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.