Pembayar cukai boleh mendapat bayaran balik cukai terlebih bayar daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam masa dua hari selepas menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), kata Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.
Beliau berkata bayaran balik cukai terlebih bayar kepada LHDN boleh dilakukan dalam masa dua hari jika segala maklumat yang diberikan adalah betul.
"Bila maklumat yang diberikan adalah betul kita akan proses dengan cepat. Tapi bila hantar borang dengan maklumat yang tidak lengkap ini akan menyebabkan LHDN makan masa untuk proses.
"Secara purata kalau hari ini hantar, esok proses, lusa dia (pembayar cukai) dapat (bayaran cukai terlebih bayar). Bagaimanapun, semua ini bergantung kepada jumlah BNCP yang diterima," katanya ditanya mengenai tempoh pembayaran balik cukai terlebih bayar.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah umum bertajuk 'Driven By Vision: Fuelled by Creativity and Innovation' dalam program Ceramah Ketua Pegawai Eksekutif di Akademi Percukaian Malaysia di sini hari ini.
Mohd Shukor berkata dijangkakan empat juta pembayar cukai di negara ini menggunakan sistem e-Filing dan ia mewakili kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan pembayar cukai.
Kemudahan e-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.
Laporan sebelum ini menyebut, tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.
Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada 30 April ini dan penalti akan dikenakan sekiranya mereka gagal mengisi borang selepas tarikh itu.
Bernama
Mon Mar 30 2015
![Bayaran balik cukai terlebih bayar dalam dua hari - LHDN Bayaran balik cukai terlebih bayar dalam dua hari - LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71393544997_295x200.jpg)
Pembayar cukai boleh mendapat bayaran balik terlebih bayar dalam masa dua hari selepas menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan. - Gambar Fail
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Pilihan Raya UK: Parti Buruh diramal tewaskan Parti Konservatif pimpinan Sunak Pilihan Raya UK: Parti Buruh diramal tewaskan Parti Konservatif pimpinan Sunak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720095188_Generalelection.jpg)
Pilihan Raya UK: Parti Buruh diramal tewaskan Parti Konservatif pimpinan Sunak
Ramalan itu menganggarkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif.
![Gagal kemuka cukai pendapatan, bekas pengarah syarikat didenda RM8,000, penalti lebih RM200,000 Gagal kemuka cukai pendapatan, bekas pengarah syarikat didenda RM8,000, penalti lebih RM200,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704884772_TBCourtHammer.jpg)
Gagal kemuka cukai pendapatan, bekas pengarah syarikat didenda RM8,000, penalti lebih RM200,000
Seorang bekas pengarah syarikat perunding kontrak didenda RM8,000 dan dikenakan penalti RM229,926.36 oleh Mahkamah Majistret.
![LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682484604_TBLHDN.jpg)
LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT
Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikena kenaikan cukai.
![Keputusan waris perlu bayar cukai tertunggak LHDN diketahui September Keputusan waris perlu bayar cukai tertunggak LHDN diketahui September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688981002_TBnaimmokhtar.jpg)
Keputusan waris perlu bayar cukai tertunggak LHDN diketahui September
Keputusan sama ada waris perlu membayar tunggakan cukai pendapatan bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia akan diketahui selewat-lewatnya September depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Mente
![Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-06/61465137054_Switzerlandseniors.jpg)
Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat
Penduduk Switzerland pada Ahad meluluskan pengenalan kadar cukai minimum 15 peratus terhadap syarikat multinasional besar, lapor Sputnik.
![Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai: LHDN Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai: LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680729400_TBLHDN.jpg)
Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai: LHDN
Yang sudah berlalu tidak mengapa, lapor saja apa yang diketahui dan LHDN terima secara baik.
![Kerahsiaan data pembayar cukai di MyTax selamat dan terjamin - LHDN Kerahsiaan data pembayar cukai di MyTax selamat dan terjamin - LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677233120_LHDN.jpg)
Kerahsiaan data pembayar cukai di MyTax selamat dan terjamin - LHDN
Kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.
![Belanjawan 2023: Penurunan kadar cukai pendapatan individu beri lebihan duit poket - Ahmad Zahid Belanjawan 2023: Penurunan kadar cukai pendapatan individu beri lebihan duit poket - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677256119_TBZahidHamidi.jpg)
Belanjawan 2023: Penurunan kadar cukai pendapatan individu beri lebihan duit poket - Ahmad Zahid
Macam-macam boleh dibuat dengan lebihan hingga RM1,300 walaupun bukan dalam bentuk tunai.
![Belanjawan 2023 dijangka kekal cadangan pengurangan cukai M40, kenaikan untuk T20 Belanjawan 2023 dijangka kekal cadangan pengurangan cukai M40, kenaikan untuk T20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676869758_TBCTIMLOGO.jpg)
Belanjawan 2023 dijangka kekal cadangan pengurangan cukai M40, kenaikan untuk T20
Pengurangan cukai tersebut bertujuan membantu M40 dengan kenaikan kos sara hidup selain meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.
![5 Okt dengar rayuan LHDN terhadap Nooryana berhubung cukai pendapatan 5 Okt dengar rayuan LHDN terhadap Nooryana berhubung cukai pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/81566857628_yananajib.jpg)
5 Okt dengar rayuan LHDN terhadap Nooryana berhubung cukai pendapatan
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana Najwa, apabila dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran itu.