KUALA LUMPUR: Institut Percukaian Malaysia (CTIM) berpendapat tiada cukai baharu yang akan diperkenalkan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 tetapi menjangkakan kerajaan akan mengekalkan pemotongan cukai pendapatan dua mata peratusan bagi kumpulan berpendapatan sederhana (M40) dan kenaikan cukai 0.5 peratus untuk golongan berpendapatan tinggi (T20) yang dicadangkan dalam belanjawan sebelum ini.
Presiden CTIM Chow Chee Yen berkata pengurangan cukai tersebut bertujuan membantu M40 dengan kenaikan kos sara hidup selain meningkatkan pendapatan boleh guna mereka, manakala kenaikan cukai ke atas T20 adalah untuk menampung pengurangan kutipan hasil yang disebabkan oleh pemotongan cukai.
"Fokus utama kerajaan sekarang ini adalah membantu menangani kos sara hidup dan memperbaiki kedudukan fiskal negara.
"Oleh itu, saya menjangkakan pengurangan cukai masing-masing sebanyak dua peratus serta kenaikan cukai 0.5 peratus dikekalkan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Di bawah Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 7 Okt 2022 oleh kerajaan terdahulu, cukai pendapatan bagi kumpulan pendapatan bercukai antara RM50,001 hingga RM100,000 dikurangkan sebanyak dua peratus untuk tahun taksiran 2023, daripada 13 peratus kepada 11 peratus bagi RM50,001-RM70,000 dan daripada 21 peratus kepada 19 peratus untuk RM70,001 hingga RM100,000.
Di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, cukai untuk mereka yang berpendapatan antara RM250,001 hingga RM400,000 dinaikkan daripada 24.5 peratus kepada 25 peratus.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menggantikan Ismail selepas pilihan raya umum ke-15 pada 19 Nov 2022, akan membentangkan Belanjawan 2023 yang disemak semula menjelang 24 Feb ini.
Chow ketika ditanya sama ada cukai karbon akan diperkenalkan dalam belanjawan akan datang, menolak kemungkinan itu sambil menjelaskan pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan perlu mengkaji mekanisme penetapan harga karbon dan menetapkan kadar cukai karbon yang sesuai untuk memacu matlamat iklim negara dalam meraih pelepasan sifar bersih.
"Maklum balas juga perlu dicari daripada pihak berkepentingan supaya perkara ini dipertimbangkan sewajarnya sebelum pihak berkuasa membuat keputusan mengenai pelaksanaannya.
"Rangka kerja peralihan juga perlu diambil kira," katanya.
Chow ketika bercakap mengenai cadangan 15 peratus Cukai Minimum Global (GMT) menjangkakan langkah-langkah relevan akan diumumkan dalam Belanjawan 2023 tetapi pelaksanaannya akan berlangsung tidak lebih awal daripada 2024 untuk memberi masa kepada pihak berkepentingan dalam mengemukakan maklum balas sebelum ia mula dimuktamadkan.
Jelasnya, GMT adalah sejajar dengan perkembangan cukai antarabangsa untuk memerangi ketirisan hasil termasuk aktiviti peralihan keuntungan, dan akan membolehkan Malaysia mempunyai hak pertama bagi mengenakan cukai tambah nilai ke atas hasil daripada entiti yang terletak di Malaysia yang membayar cukai di bawah ambang 15 peratus.
Sementara itu, beliau berkata pengembalian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan selepas Anwar baru-baru ini menyatakan bahawa kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai penggunaan secara meluas.
"GST bukan keutamaan kerajaan sekarang dalam belanjawan akan datang, ini kerana sebagai cukai penggunaan yang meluas, GST juga akan memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Ekonomi Malaysia masih dalam fasa pemulihan," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan menambah lagi cukai jualan 10 peratus yang dikenakan ke atas barangan bernilai rendah (LVG) berharga kurang daripada RM500 yang dibeli secara dalam talian mulai 1 April 2023 dan seterusnya, Chow menolak kemungkinan itu.
"Saya tidak menjangkakan kerajaan akan menaikkan kadar dalam belanjawan pada peringkat awal pelaksanaannya, apa lagi dalam masa terdekat kerana ia dilihat boleh membebankan rakyat," katanya.
Beliau bagaimanapun menganggarkan kerajaan boleh mengutip kira-kira RM200 juta hingga RM300 juta setahun sebaik sahaja cukai jualan LVG dikuatkuasakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023

CTIM berpendapat pengurangan cukai tersebut bertujuan membantu M40 dengan kenaikan kos sara hidup selain meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Belanjawan 2023 dijangka kekal cadangan pengurangan cukai M40, kenaikan untuk T20
Pengurangan cukai tersebut bertujuan membantu M40 dengan kenaikan kos sara hidup selain meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.