Memilih untuk membayar penuh RM22,900 bagi kos menunaikan haji bukan jaminan permohonan rayuan bakal jemaah pada musim 1441H/2020M diterima Lembaga Tabung Haji (TH), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof.
Mengulas isu 'Borang Rayuan Haji' yang antara lain meminta individu membuat perakuan persetujuan sama ada secara sukarela bersetuju atau tidak untuk membayar penuh kos itu tanpa Bantuan Haji TH, Mujahid berkata perkara itu telah dipolitikkan oleh pembangkang.
"Merit rayuan tertakluk kepada beberapa kriteria yang menjadi keutamaan pertimbangan Tabung Haji, sama ada seseorang itu memutuskan untuk membayar secara penuh atau tidak, bukanlah menjadi kriteria.
"Mereka yang diberi keutamaan adalah yang merayu sebagai 'mahram', atau warga tua berumur 70 tahun ke atas dan pembantu mereka, serta mereka yang telah dipilih untuk menunaikan haji pada tahun sebelumnya tetapi terpaksa menangguhkannya," kata beliau pada sidang media pada Selasa.
Mujahid berkata orang kurang upaya dan mualaf turut menjadi keutamaan untuk dipilih.
Jemaah haji muassasah TH kekal membayar RM9,980 bagi musim haji tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kebanyakan orang tidak tahu bahawa kos sebenar menunaikan haji ialah RM22,900, baki RM12,920 ditanggung TH, dan ada yang mampu membayar kos penuh tersebut tanpa sebarang masalah.
"Kita hanya memberi pilihan kepada orang ramai sama ada ingin membayar penuh atau hanya RM9,980 (dengan bantuan haji). Itu pilihan mereka kerana ada yang mampu membayar RM22,900 tetapi memilih untuk membayar RM9,980 yang pada saya tidak wajar.
Mengakui pembangkang mengambil kesempatan untuk mengelirukan orang ramai, Mujahid berkata bakal jemaah seharusnya menyedari kos untuk menunaikan haji semakin meningkat dan tidak akan turun.
Ini adalah pilihan yang diberikan kepada bakal jemaah terutamanya mereka yang mampu untuk membayar penuh, tegas beliau.
Baru-baru ini, terdapat pihak yang mempersoalkan rasional perakuan untuk ditandakan persetujuan sama ada secara sukarela bersetuju atau tidak untuk membayar penuh kos RM22,900 tanpa Bantuan Haji TH, sehingga mewujudkan persepsi bahawa TH hanya akan mempertimbangkan mereka yang membayar penuh, mengakibatkan orang ramai keliru.
Terdahulu, Mujahid melancarkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji hasil kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan TH dan Visa yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif kepada pemegang kad.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 11 2020

Memilih untuk membayar penuh RM22,900 bagi kos menunaikan haji bukan jaminan permohonan rayuan bakal jemaah pada musim 1441H/2020M diterima Lembaga Tabung Haji (TH). Foto: Astro AWANI/Shahir Omar

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Bayar penuh kos tunai haji bukan jaminan rayuan diterima - Mujahid
Memilih untuk membayar penuh RM22,900 bagi kos menunaikan haji bukan jaminan permohonan rayuan bakal jemaah pada musim 1441H/2020M diterima Lembaga Tabung Haji (TH).