ALOR SETAR:Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diharapkan dapat membayar tuntutan RM50 juta setahun yang dibuat Kerajaan Negeri Kedah bagi caj air mentah yang diambil dari negeri Jelapang Padi itu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau kritikan berhubungan proses pembekalan air dari kawasan Ulu Muda.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, perbadanan itu sebelum ini hanya menjana keuntungan hasil air mentah yang mengalir dari negeri Kedah untuk digunakan dalam pelbagai sektor di negeri itu tanpa membayar satu sen kepada pihak Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).
Tambah beliau, kerajaan negeri melalui LSANK juga sebelum ini telah membuat beberapa tuntutan bagi air mentah yang diambil dari negeri itu sejak 2010 namun tiada maklum balas atau pembayaran dibuat.
Berdasarkan rekod, Sanusi berkata, Pulau Pinang menggunakan lebih banyak sumber air mentah iaitu 1.1 juta padu sehari berbanding negeri Kedah iaitu sebanyak 800,000 liter padu.
"Jadi tak patutlah PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) yang listed company( syarikat tersenarai) yang dapat air raw (mentah) free (percuma dari Kedah keluarkan kenyataan itu).
“Kemudian bagi komen yang tak wajar untuk Kedah kerana Ulu Muda dalam negeri Kedah, di bawah bidang kuasa dan kedaulatan negeri Kedah, dia tak boleh ceroboh masuk pi ke hutan, kita ajar apa yang boleh, apa yang tak boleh, Kedah adalah hak Kedah.
"Kita (kerajaan negeri) akan buat apa yang patut kita buat untuk pembangunan dan kebajikan negeri dan rakyat Kedah, kalau dia nak bagi komen minta dia bayar dulu harga air mentah dulu, kita dah buat tuntutan kepada Pulau Pinang, 1 meter padu 10 sen raw water,” tegas beliau.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman, di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata, pihaknya amat sedar mengenai setiap perkara yang dilakukan terutama di kawasan Ulu Muda dalam menjaga bekalan air di Kedah dan juga negeri-negeri jiran yang menumpang air dari tadahan di kawasan itu.
Setiap tindakan yang dibuat, menurutnya, akan dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dan hasilnya akan memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya rakyat Kedah.
Pada Isnin, PBAPP berkata, penerokaan mineral elemen nadir bumi (REE) berskala besar di kawasan tadahan Ulu Muda termasuk Sik dan Baling di Kedah yang permitnya diluluskan oleh kerajaan Kedah, akan menjejaskan bekalan air untuk 4.2 juta penduduk di Perlis, Pulau Pinang serta negeri Jelapang Padi itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, ini adalah kerana kawasan tadahan air di Ulu Muda ialah penghubung pertama dalam rangkaian nilai bekalan air Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang memenuhi keperluan air penduduk dan perniagaan di tiga negeri berkenaan.
Abd Hadi Che Awang
Wed Dec 09 2020

Kerajaan negeri, kata Sanusi, telah membuat beberapa tuntutan kepada PBAPP bagi bekalan air mentah yang diambil dari Kedah sejak 2010 namun tiada maklum balas atau pembayaran dibuat. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.

The Greater Kedah berbeza dibandingkan negeri lain - Sanusi
The Greater Kedah adalah berbeza jika dibandingkan dengan The Greater Lembah Klang atau The Greater Penang yang telah lama dilaksanakan.

Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah
Pelepasan air dari Empangan Beris di Sik akan dilakukan secara berkala bagi menstabilkan semula paras air di Sungai Muda.

Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah
Projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.

'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.

'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.

Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.

Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.