KOTA BHARU:Individu yang gagal mengemukakan surat kebenaran dari balai polis atau tidak mempunyai alasan munasabah untuk memasuki Kelantan akan diarah berpatah balik termasuk mereka yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata arahan tegas itu adalah bagi mengelak berlakunya penularan COVID-19 di negeri ini.
"Dalam soal ini apa yang penting jangan pula ada pihak yang membuat alasan palsu untuk merentas negeri sehingga menyusahkan banyak pihak," katanya kepada pemberita pada Majlis Jalinan Strategik Jabatan Penerangan Kelantan di sini, malam tadi.
Berkuat kuasa mulai hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksana di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan sehingga 6 Dis depan.
Mengenai sekatan jalan raya (SJR), Shafien berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberi tumpuan di empat lokasi di negeri itu iaitu dua di Pasir Puteh dan masing-masing satu di Jeli dan Gua Musang.
Katanya proses 'penapisan' akan dilakukan seperti pemeriksaan surat pengesahan dari balai polis selain ujian saringan dan "swab test".
"Bermula tengah malam tadi, difahamkan negeri-negeri terlibat turut melakukan SJR setiap 24 jam. Kita sebenarnya yakin rakyat sudah memahami pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
Katanya, bagi setiap SJR, polis ada memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu tujuh anggota dan pegawai polis yang ada di setiap SJR.
"Di SJR Pasir Puteh, pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan memberikan bantuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 09 2020

Individu yang gagal mengemukakan surat kebenaran dari balai polis atau tidak mempunyai alasan munasabah untuk memasuki Kelantan akan diarah berpatah balik termasuk mereka yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Menjelang Syawal: Trafik di Kelantan mulai sesak
250 anggota polis akan ditugaskan sepanjang masa bagi mengawal lalu lintas di jalan utama.

Unit berkuda PDRM mulakan tugas di sempadan Kelantan hari ini
Polis Kelantan menggerakkan unit berkuda dari Pasukan Simpanan Persekutuan bagi meningkatkan kawalan sempadan negara bermula hari ini.

Perodua Kancil rempuh pagar Balai Polis Bukit Yong
Pemandu Perodua Kancil terbabit yang berusia 66 tahun luka pada bahagian hidung.

Polis rampas pistol, peluru selepas tahan penjenayah yang diburu 19 tahun lepas
Siasatan mendapati bahawa penarik kereta berumur 38 tahun yang ditahan pada pukul 9.30 pagi itu merupakan penjenayah yang diburu polis sejak 2003.

Semak maklumat berkaitan banjir sebelum teruskan perjalanan - Polis
Polis Kelantan mengingatkan semua perantau dan rakyat di negeri itu supaya membuat semakan maklumat berkaitan banjir, sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Penyamun wanita sasar warga emas ditahan Polis Kelantan
Wanita itu ditahan polis di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenerak dekat Tawang, Bachok.

Jururawat rugi lebih RM170,000 ditipu polis palsu
Mangsa sebelum itu dihubungi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis dan memberitahu identiti mangsa disalahgunakan oleh pihak tidak dikenali.

Kes rogol meningkat di Kelantan - Polis
Shafien berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat kes yang tidak dilaporkan dan sengaja disembunyikan oleh keluarga.

Kematian OKT di HRPZ II diklasifikasikan sebagai SDR - Shafien
Kematian seorang lelaki tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Selasa lepas diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Lebih 32,000 kenderaan masuk Kelantan sejak Khamis hingga Sabtu - Shafien
Jumlah kemasukan itu melibatkan laluan di pintu masuk utama Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.