34 ekor lembu dengan nilai RM136,000 untuk pasaran tempatan berjaya dirampas oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am, PGA dari Batalion 7 dan anggota polis dari ibupejabat polis daerah Tumpat, dalam satu serbuan malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan, Abdul Rashid Mat Daud berkata, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang merupakan pembekal lembu berkenaan turut di tahan.
Serbuan di sebuah kawasan kandang lembu di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor, sekitar jam 11 malam tadi mendapati lembu berkenaan dibawa masuk secara berenang menyeberang Sungai Golok.
“Lembu-lembu ini dibawa secara berenang dari seberang dan seterusnya dibawa dalam jarak 900 meter ke lokasi ini secara berjalan kaki dan terus masuk ke kandang, nilai RM136 ribu, (berjumlah) 34 ekor,” kata Abdul Rashid ketika ditemui di sini hari ini.
Lelaki yang mendakwa pemilik dan pembekal lembu itu di reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes di siasat mengikut seksyen 11 akta kuarantin 2011.
Menurut Abdul Rashid lagi, siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengetahui aktiviti membawa masuk lembu tersebut samada mempunyai rantaian sindiket atau sebagainya.
Muhafandi Muhamad
Mon Sep 30 2019
Serbuan di sebuah kawasan kandang lembu di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor, sekitar jam 11 malam tadi mendapati lembu berkenaan dibawa masuk secara berenang menyeberang Sungai Golok. - Foto Astro AWANI
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Restoran beroperasi separuh abad dikompaun guna logo halal tidak sah
Sebuah restoran di Kota Bharu yang telah beroperasi sejak lebih separuh abad dikompaun kerana menggunakan logo halal tidak sah.
Kelantan harap RMK13 pertimbang pelaburan strategik dalam sektor pembuatan
Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi sebagai kawasan perindustrian baharu.
Cadangan pembinaan tembok: Kelantan perlu hampir RM450 juta kos pengambilan tanah - MB
Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM445.748 juta bagi kos pengambilan balik tanah di kawasan yang terlibat dalam cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand.
Thailand setuju jika Malaysia bina tembok keselamatan dan banjir sepanjang sempadan di Kelantan
Kerajaan Thailand menyambut baik cadangan kerajaan Kelantan untuk mengusulkan kepada Kerajaan Pusat mengenai pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir di sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang.
MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
Penyanyi wanita popular Kelantan ditahan di Golok
Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.
Tahap kesedaran di Kelantan masih rendah walaupun akta rokok sudah dikuat kuasa
Jabatan Kesihatan Kelantan mendapati masih ada individu yang merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.
Projek tebatan banjir, rawatan air di Kelantan sentiasa jadi fokus Kerajaan Persekutuan
Fadillah berkata, semua projek tebatan banjir dan rawatan air di Kelantan sedang berjalan dan disiapkan.
Belanjawan 2025: Tiada kemudahan sukan lengkap, Kelantan harap peruntukan tambahan
Kerajaan Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk pembangunan infrastruktur sukan negeri ini menerusi Belanjawan 2025.