JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor menawarkan pemberian baucar bernilai RM1.5 juta kepada pelancong domestik bagi memacu kembali sektor pelancongan di negeri itu selepas peralihan ke Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 24 September lalu.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, baucar terlibat ditawarkan dalam bentuk potongan harga bagi produk-produk tertentu melibatkan pelancongan di negeri itu.
Katanya, pelancong akan memperolehi baucar berkenaan melalui aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) bermula 10 Oktober ini.
Kerajaan negeri katanya yakin dengan usaha itu ianya dapat menggalakkan kunjungan pelancong domestik pada tahun hadapan.
“Dari segi sektor pelancongan, kita menyediakan pelbagai program. Ada yang juga merupakan program baharu dan juga yang kita teruskan.
"Apa yang lebih penting ialah kesiapsiagaan Johor Tourism dalam menggalakkan pelancongan domestik. Tahun 2022 nanti kita yakin dapat menggalakkan lagi program seperti pulau-pulau, produk-produk baru,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran JTI dan Virtual Majestic Johor Week di sini hari ini.
Tambahnya, sektor pelancongan diakui menjadi penyumbang penting untuk pertumbuhan ekonomi Johor.
JTI merupakan satu portal digital pelancongan yang dibangunkan menggunapakai elemen teknologi Revolusi Perindustrian ke-4 dengan seramai 1,000 pengusaha pelancongan di negeri itu telah berdaftar menerusi aplikasi berkenaan.
Menurutnya lagi, dengan adanya kempen Johor Virtual Majestic 2021 ini kerajaan negeri dapat mengenegahkan produk pelancongan dalam bentuk yang lebih terkini.
Astro Awani
Mon Oct 04 2021

Hasni (tengah) mendengar penerangan mengenai penggunaan aplikasi V-pass menerusi telefon bimbit pada Majlis Pra Pelancaran Johor Tourism Interchange (JTI) dan 'Virtual Majestic Johor Tourism Week 2021'. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Baucar RM1.5 juta untuk direbut, bantu tingkatkan pelancongan domestik Johor
Baucar terlibat ditawarkan dalam bentuk potongan harga bagi produk-produk tertentu melibatkan pelancongan di negeri itu.