Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata kementeriannya perlu mendapatkan maklum balas akhir sebelum program baucar kerja RM35 sehari dapat dilaksanakan.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Ismail berkata pihaknya akan berbincang mengenai butiran lengkap program itu terutama model perintis yang akan dijalankan mulai April ini.

Walaubagaimanapun Ismail enggan mengulas lanjut mengenai program itu, kerana ia masih lagi di peringkat awal.