JOHOR BAHRU: Bau busuk di hadapan rumah membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas yang tinggal bersendirian di Jalan Perdana 2, Taman Perdana, dekat Muar, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata warga tempatan berusia 75 tahun itu tidak dapat dihubungi oleh anak saudaranya sebelum bertindak pergi ke rumah mangsa untuk memeriksa kira-kira 10.47 malam.
"Pihak polis menerima maklumat daripada anak saudara mangsa yang telah pergi ke rumah tersebut dan memberitahu menghidu bau busuk di hadapan rumah bapa saudaranya itu.
"Mangsa bagaimanapun telah dijumpai terbaring di atas katil, dipercayai telah lama meninggal dunia di ruang tamu rumah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kematian lelaki itu kemudian disahkan oleh pasukan perubatan daripada Hospital Pakar
Sultanah Fatimah, Muar yang turut berada di lokasi kejadian.
Raiz Mukhliz berkata hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan atau tanda perbuatan jenayah di tubuh badan mangsa dan hasil semakan rekod perubatan di hospital mendapati mangsa pernah menerima rawatan pada 11 Dis tahun lepas kerana kekurangan darah.
Beliau berkata mangsa juga menghidap penyakit prostat dan telah mendapatkan suntikan COVID-19, sekali gus menjelaskan kes disiasat sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azhar Khalil menerusi kenyataan berasingan berkata pihaknya turut ke lokasi kejadian bagi membuka pintu rumah mangsa yang terkunci dengan bertindak memotong mangga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023

Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan atau tanda perbuatan jenayah di tubuh badan mangsa dan hasil semakan rekod perubatan di hospital mendapati mangsa pernah menerima rawatan pada 11 Dis tahun lepas kerana kekurangan darah. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Bau busuk bongkar kematian warga emas di Muar
Bau busuk di hadapan rumah membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas yang tinggal bersendirian di Jalan Perdana 2, Taman Perdana, dekat Muar, malam tadi.