KUALA LUMPUR: Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini yang menjadi lokasi tumpuan utama setiap kali Thaipusam, mula dipenuhi penganut Hindu yang hadir menunaikan nazar dan sembahyang hari ini menjelang perayaan itu Selasa ini.
Kebanyakan mereka dilihat membawa 'Paal Koodam' atau belanga susu untuk dituangkan ke atas patung Dewa Murugan di puncak kuil berkenaan, sebagai antara upacara keagamaan.
Malah, tinjauan Bernama seawal 8 pagi mendapati pengunjung berbilang bangsa juga tidak melepaskan peluang melihat sendiri suasana sambutan, dengan masing-masing dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Tidak seperti sebelum ini, hanya beberapa gerai menjual bunga untuk upacara sembahyang dan gerai makanan dibuka, di perkarangan kuil.
Pegawai Informasi Pejabat Batu Caves K. Tamilvaani berkata pihaknya menerima pengunjung seawal 12 tengah malam semalam, bagi melaksanakan upacara sembahyang.
Wanita berusia 31 tahun itu berkata seperti mana ditetapkan kerajaan, pihaknya menyediakan Kod QR Mysejahtera, pengimbas suhu badan serta tag, bagi pengunjung yang membawa 'Paal Koodam'.
Katanya bagi menjaga kesesakan dan penjarakan sosial, hanya 500 orang dibenarkan memasuki ke kawasan kuil pada satu-satu masa.
"Pihak kami juga akan sentiasa membuat pengumuman dari semasa ke semasa, untuk orang ramai agar sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga jarak, serta kerja-kerja sanitasi akan dilakukan bagi setiap sesi sembahyang yang diadakan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dalam satu sidang media, hari ini sebelum meninjau sambutan berkenaan berkata situasi semasa di sekitar kawasan kuil masih dalam keadaan terkawal dan berjalan lancar.
"Secara keseluruhan seramai 1,500 kekuatan anggota polis terlibat dan kami juga dibantu agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Daerah Selayang dan Kementerian Kesihatan," katanya.
Pada masa sama, kebanyakkan pengunjung yang hadir meluahkan rasa gembira dapat menunaikan upacara sembahyang, dalam keadaan selesa dan teratur.
Salah seorang pengunjung N. Lokizhwaran, 25, berkata beliau lebih selesa walaupun dalam keadaan SOP yang ketat.
"Kalau dahulu, saya mengambil masa empat jam untuk sampai ke kuil di puncak kerana kepadatan pengunjung, manakala hari ini saya selesai upacara ibadat dalam masa 30 minit sahaja," katanya.
Turut berkongsi rasa yang sama, D. Dashieny, 26, berkata kemeriahan itu masih dirasai kerana masih ada laungan 'Vel Vel', walaupun tiada iringan musik dan sebagainya.
"Bagi saya suasana pada kali ini lebih tenang dan lebih bersifat ketuhanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022
![Batu Caves mula ramai dengan pengunjung sempena Thaipusam Batu Caves mula ramai dengan pengunjung sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642323373_ThaipusamSOP.jpg)
Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves mula dipenuhi penganut Hindu yang hadir menunaikan nazar dan sembahyang menjelang Thaipusam, Selasa ini. - Foto BERNAMA
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911259_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
![Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611420791_950x600.jpg)
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
![Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738840652_Pembuatkavadi.jpg)
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
![Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738849052_DatukHusseinOmar.jpg)
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
![PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
![Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738849052_DatukHusseinOmar.jpg)
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
![KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
![Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841773_HinduThaipusam.jpg)
Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.
![Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
![Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738720814_CoconutTrading.jpg)
Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam
Kelapa diperlukan untuk dua kegunaan dalam upacara perayaan Thaipusam, iaitu mengambil isinya dan memecahkan kelapa.
![Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738074100_TBETS.jpg)
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.