SHAH ALAM: Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia (BSM) meluahkan rasa kecewa apabila van sekolah haram dibiarkan terus berleluasa tanpa dibanteras dengan penguatkuasaan yang tegas.
Presidennya, Mohamad Haron Mohamad Sidik berkata, negara sudah 66 tahun merdeka sementara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah disediakan peralatan serba canggih manakala Menteri Pengangkutan silih berganti namun dilihat masih gagal membanteras 'lanun' kenderaan haram tersebut.
Menurutnya, pengusaha bas berdaftar ditekan dengan pelbagai peraturan dan syarat namun aktiviti van sekolah haram terus bebas menjalankan aktiviti tanpa memikirkan implikasi terhadap keselamatan pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
"Macam susah sangat hendak menghancurkan kegiatan mereka ini. Kewujudan mereka mengganggu punca pendapatan BSM kerana tambang murah dan mereka boleh buat apa sahaja tanpa rasa takut.
"Sebaliknya yang takut adalah pengusaha bas sekolah berdaftar kerana perlu patuhi semua peraturan dan syarat kerajaan. Ini adalah pengalaman kami dan terus terang rasa amat kecewa dengan JPJ," katanya menerusi kenyataan.
Katanya, terdapat kenderaan haram dikesan tiada cukai jalan dan insurans perlindungan selain tiada lesen PSV sewaktu pemeriksaan oleh JPJ dalam satu operasi di Bandar Kinrara Puchong baru-baru ini.
"JPJ berjaya menyaman mereka tetapi selang beberapa hari kenderaan ini muncul semula dengan gahnya.
"Saman mereka mampu dibayar kerana kutipan dan keuntungan mereka melebihi seratus peratus. Kenapa kenderaan ini tidak disita atau pelaku dipenjarakan," soalnya.
Tambahnya, tiada tindakan tegas terhadap pelaku seolah memperjudikan nyawa pelajar yang merupakan permata negara.
"Mereka bukan bawa kotak tetapi nyawa anak-anak kita yang masih mentah dan masih tidak kenal erti kehidupan.
"Anak-anak disumbat hingga sesak sampai muka melekat pada cermin tingkap kenderaan. Sementara kenderaan bas sekolah perlu patuh jumlah penumpang yang dibenarkan. Anak-anak ini boleh mati katak", katanya.
Katanya, aduan berserta maklumat lengkap seperti video, gambar, nombor kenderaan, lokasi dan tarikh kejadian telah dihantar supaya tindakan diambil namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.
"JPJ tidak mahu dengar nasihat persatuan. Letih dan putus asa. Sekarang pemilik kenderaan haram ini ketawa dan mengejek kami pula. Mereka umpama samseng dan ugut kami.
"Disebabkan itu, kami akan membuat satu himpunan aman bersama dengan pemain industri untuk mendesak JPJ dan polis melaksanakan tugasan mereka dengan penuh jujur, ikhlas dan amanah," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 20 2023
Situasi sebuah bas berdaftar dengan kenderaan persendirian yang mengambil pelajar. - Gambar/ Sinar Harian
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Peka apabila kanak-kanak lapor diganggu secara seksual
Masyarakat disaran tidak menghakimi agar kanak-kanak berupaya melaporkan kes gangguan seksual ke atas mereka meskipun melibatkan ahli keluarga sendiri.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.
Sidang Parlimen: 9 kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa
Persidangan Dewan Rakyat minggu ini menyaksikan sembilan lagi kementerian selesai membuat penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa.
'Bas sekolah' haram angkut pelajar makin berleluasa - BSM
BSM meluahkan rasa kecewa apabila van sekolah haram dibiarkan terus berleluasa tanpa dibanteras dengan penguatkuasaan yang tegas.