Selepas Rapid Kamunting dilaksanakan dua tahun lalu, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid), anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad memulakan khidmat Rapid Manjung mulai 1 Mac lalu.
Sebagai permulaan, inisiatif Rapid bersama-sama kerajaan negeri Perak dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menyediakan 10 buah bas dan akan ditambah dari semasa ke semasa sehingga 30 buah bas.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir ketika melancarkan perkhidmatan Rapid kedua di Perak itu berterima kasih kepada syarikat itu dan NCIA kerana bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui pendekatan Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS) bagi melaksanakan program pengangkutan awam di negeri ini.
"Hasil daripada perbincangan bersama dengan pihak ncia dan juga dengan pihak rapid, kita ingin mempunyai sistem pengangkutan awam, khususnya bas, yang lebih tersusun dan juga lebih baik dari segi keadaan bas dan sebagainya.
"Dan alhamdulillah, berpandukan kepada beberapa pendekatan strategi yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kita telahpun mewujudkan zon-zon bagi penyediaan pengangkutan awam yang berkesan di negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu di Dataran Maritim Lumut, di sini pada Jumaat.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafik, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid, Mohd Azam Omar dan Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.
Zambry berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, khususnya di bandar-bandar besar.
Beliau memberi contoh di Ipoh terdapat Perak Transit dan di Taiping terdapat Rapid Kamunting yang memberi perkhidmatan di kawasan-kawasan luar bandar di kawasan berkenaan.
"Kita juga sedang merancang di kawasan-kawasan lain, di bandar-bandar besar, khususnya bandar-bandar yang mempunyai kadar kepesatan penduduk yang tinggi, yang memerlukan perkhidmatan yang lebih tersusun dan efisien," ujarnya.
Beliau memberi contoh, antara bandar besar itu ialah Teluk Intan, Bagan Datuk dan Tanjung Malim.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Mar 16 2018
Selepas kejayaan Rapid Kamunting, Rapid Manjung pula bakal beroperasi untuk memberi perkhidmatan efisien buat warga tempatan seperti yang telah dinikmati warga Kuala Lumpur dengan RapidKL. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Kekerapan Rapid Bus dinilai semula susulan Perintah Kawalan Pergerakan
Penurunan kekerapan perkhidmatan berdasarkan permintaan secara berperingkat bermula 21 Mac 2020 sehingga diumumkan kelak.
Bas Rapid Manjung mula perkhidmatan pada 1 Mac
Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, khususnya di bandar-bandar besar.
Kerajaan akan biayai RM1 bilion kos pembangunan BRT Johor
Kerajaan pusat akan membiayai RM1 billion kos pembangunan Bas Rapid Transit (BRT) daripada jumlah keseluruhan kos yang dijangka menelan belanja RM2.6 billion.