KUALA LUMPUR: Seramai 25 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres dua tingkat berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di susur Jalan Damansara menuju Bangsar, di sini, tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada pukul 12.17 tengah malam dan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke tempat kejadian.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak.
"Bomba bertindak memecahkan tingkap hadapan bas untuk mengeluarkan kesemua 26 mangsa terlibat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bas berkenaan telahpun dialih pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kesemua mangsa terlibat hanya mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur di sini, bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Pasukan penyelamat mengeluarkan penumpang bas ekspres dua tingkat yang terbabas sebelum terbalik di susur Jalan Damansara menuju Bangsar tengah malam tadi. -Facebook Angkatan Pertahanan Awam
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Bas ekspres dua tingkat bawa 25 penumpang terbalik
Bomba bertindak memecahkan tingkap hadapan bas untuk mengeluarkan kesemua 26 mangsa terlibat.