PEMERGIAN bekas ahli korporat Datuk Pahamin Rajab yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke United Kingdom baru ini.
Namun tidak ramai mengenai sisi berbezanya namun ia dikongsikan oleh Maulana Helmi di facebooknya mengenai sisi lain bekas ahli koporat ini.
"Takziah buat ahli keluarga Ayahanda Datuk Pahamin Rajab atas pemergian Almarhum sebentar tadi.
Insan yang mempunyai nama besar dalam dunia korperat telah dipilih oleh Allah swt berkecimpung dalam dunia dakwah hingga dapat keluar 4 bulan IPB dan negara jauh.
Istiqamah dengan nisab 3 hari setiap bulan bersama Dato Dr Hasan Ali dan Dato Selamat.
Pernah keluar 40 hari di perkampungan komunis Malaya di Selatan Thai bersama sahabat yang lain. Dengan kami pernah keluar Rehlah di Masjid Bukit Malut Langkawi.
Detik awal ketika almarhum mula-mula ikut keluar dakwah anak-anak almarhum risau bagaimana almarhum boleh iktikaf tidur kat Masjid.
Namun almarhum tetap ingin terus keluar jemaah walaupun kadangkala prasarana masjid dan surau kurang selesa. Bahkan saya pernah lihat almarhum iktikaf di koridor masjid.
Bila kami tanya pada Almarhum, Dato ok ke mujahadah macam nie? Almarhum jawab: Sebagai ahli korporat kami dah biasa menerima treatment ala VVIP, red carpet dan sebagainya.
Namun di usia senja ini saya nak cari jiwa kehambaan semula sebelum saya berjumpa dengan Pencipta.
Kali terakhir saya keluar dakwah bersama Almarhum adalah dalam program 3 hari anjuran Ayahanda Dato Dr Hasan Ali di Sijangkang.
Terbaru saya lihat gambar Almarhum di FB mengkhabarkan yang Almarhum ada di tanah suci sedang menunaikan haji.
Agak terkilan juga kerana tak sempat bertemu dengan Almarhum buat kali terakhir.
Balik Haji Almarhum terbang ke UK, meninggal dunia dalam pesawat akibat serangan jantung. Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun.
Paling mengagumkan bila Al faqeer lihat dalam grup WhatsApp yang nama Almarhum ada dalam senarai jemaah yang bakal keluar 40 hari bulan Julai ini.
Masya-Allah Almarhum meninggalkan dunia selepas selesai haji dan masih dalam azam dan niat untuk keluar berdakwah.
Mudahan Almarhum dikurniakan Allah dengan Husnul Khotimah serta ditempatkan bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin di Illiyyin sana.
Amin..!!!"
-Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Mon Jul 10 2023
Maulana Helmi bersama Pahamin dalam gambar yang dimuat naik di akaun facebooknya. -Facebook
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
'Baru selesai haji dan niat keluar dakwah' - Jemaah kongsi sisi lain Allahyarham Pahamin Rajab
Semoga Allahyarham dikurniakan Allah dengan Husnul Khotimah serta ditempatkan bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin di Illiyyin sana.
'Kalaulah saya ada peluang...' - Leona luah rasa sedih pemergian datuk kesayangan
Kata Leona, dia masih tidak percaya dengan pemergian datuknya itu dan berharap diberikan kesempatan untuk bertemu dengan arwah.