RAMAI yang mahu menjadikan bidang penciptaan kandungan sebagai kerjaya.
Tidak hairanlah dapatan tinjauan pada 2022 yang dilaksanakan Edelman Data & Intelligence untuk Adobe mendapati terdapat lebih 300 juta pencipta kandungan di seluruh dunia.
Menyedari keperluan itu, Meta mengambil inisiatif membantu pencipta kandungan di Malaysia melalui pelancaran Meta Creator Academy.
Program ini turut mendapat sokongan penuh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam usaha menyediakan peluang baharu buat para pencipta kandungan mempertingkatkan kemahiran serta membina kerjaya di Facebook dan Instagram.
Menurut Ketua Pegawai Pelaburan Digital MDEC, Raymond Siva, kerjasama bersama Meta merupakan susulan daripada inisiatif yang telah digerakkan sebelum ini bagi merancakkan janaan ekonomi digital melalui penciptaan kandungan.
“Sektor ekonomi informal sangat penting ketika ini, dan MDEC akan terus menyokong inisiatif yang memupuk peluang digital agar ekonomi gig semakin makmur,” katanya.
Bagi Philip Chua, Pengarah Dasar Awam Instagram Asia Pasifik, Meta Creator Academy beriltizam untuk mengangkat martabat pencipta kandungan Malaysia untuk pasaran global.
Katanya lagi, akademi yang diwujudkan ini tidak tertakluk kepada golongan muda semata-mata, tetapi terbuka kepada sesiapa yang mahu menambah ilmu dan pengetahuan dalam mencipta kandungan yang memberikan inspirasi serta berkualiti.
Tiada bidang khusus yang diperlukan, malahan lebih terbuka kepada pelbagai genre termasuk makanan, pakaian, gaya hidup, muzik dan format baharu seperti realiti terimbuh (AR) serta barangan koleksi digital.
Meta juga akan mengambil langkah tambahan untuk memanfaatkan sumber tempatan, amalan terbaik dan juga informasi terkini secara dalam atau luar talian agar lebih ramai pencipta kandungan mendapat manfaat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif ini, ikuti laman Facebook rasmi Meta Malaysia.
Hilal Azmi
Fri Mar 10 2023
Meta Creator Academy menyediakan peluang baharu buat para pencipta kandungan mempertingkatkan kemahiran serta membina kerjaya di Facebook dan Instagram. -Astro AWANI
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.
TikTok lancar kempen literasi digital untuk dorong seluruh rakyat supaya #ThinkTwice
TikTok telah memulakan kempen #ThinkTwice bagi menggalakkan rakyat Malaysia membantu mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan positif.
Khairul Aming juri TikTok Awards Malaysia 2024
Pemilihan Khairul Aming sebagai juri kali ini amat signifikan dengan kejayaannya yang dinobatkan sebagai Creator of The Year tahun lepas.
Astro Studios bakal lonjakkan Malaysia sebagai hab kandungan serantau
Pelancaran Astro Studios akan melonjakkan lagi industri kreatif negara ke aras yang lebih tinggi.
Instagram dikemas kini dengan lebih banyak fungsi khusus untuk pencipta kandungan
Kesemua ciri ini diumumkan oleh Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram menerusi video pendek di akaun rasmi baru-baru ini.
Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour
Ikhmal Nour diumumkan sebagai pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori Rising Star of The Year pada Ahad.
Meta fokus pada Reels, kecerdasan buatan, permesejan perniagaan pacu pertumbuhan di Malaysia
Meta akan menumpukan pada tiga bidang keutamaan, pertumbuhan video, khususnya Reels, AI dan pemesejan perniagaan, untuk membantu memacu pertumbuhan perniagaan dan industri di Malaysia.
Twitter umum kongsi pendapatan iklan dengan pencipta kandungan
Twitter menambah bahawa pencipta kandungan perlu mempunyai akaun Stripe untuk menerima pembayaran.
Jangan ingat jadi 'content creator' kerja senang...
Ramai pencipta kandungan yang berjaya, pada awalnya tidak menceburi bidang itu dengan sasaran untuk mendapatkan pulangan lumayan.
Baru nak jadi 'content creator'? Meta boleh bantu anda
Justeru itu, Meta mahu membantu pencipta kandungan di Malaysia melalui pelancaran Meta Creator Academy.