Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam pada itu berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 8 pagi esok.
"Saya mohon maaf, terpaksa bergegas (untuk) selesaikan masalah (isu Kabinet) dengan semua komponen, kerana kita harus segera bentuk barisan jemaah menteri dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, saya harap dapat diumum dalam masa dua, tiga hari lagi," katanya pada Majlis Ramah Mesra Reformis di Sungai Long, Kajang, malam ini.
Perjalanan majlis itu disiarkan secara langsung dalam laman Facebooknya.
BACA SEMUA BERHUBUNG KERAJAAN PERPADUAN DI SINI
BACA: Pembentukan Kabinet: Pengumuman akan dibuat PM ke-10 esok?
Perdana Menteri dijadualkan ke Perak esok antara lain untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada pukul 10 pagi.
Selepas itu, beliau dijadual mengadakan sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan, lawatan tapak Klinik Kesihatan Manjoi dan kemudian solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh.
-- BERNAMA