TAMPIN:Helah seorang lelaki membawa anak tirinya ke klinik kerana mengalami kekejangan terbongkar selepas dia ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu sehingga maut, dalam kejadian pada 1 Februari lepas.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 9 Februari lepas kira-kira pukul 10 malam di hadapan balai polis ketika menunggu isteri dan seorang lagi anak tirinya berumur sembilan tahun yang dipanggil memberi keterangan.
Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori simen itu ditahan selepas pendedahan abang mangsa kepada polis bahawa adiknya kerap dipukul oleh bapa tirinya.
“Pada malam kejadian, abang mangsa mendengar bunyi kuat seperti pukulan dan suaranya menangis dalam bilik tidur bapa tirinya. Pada subuh, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke klinik.
“Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia setibanya di klinik walaupun diberi bantuan pernafasan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Anuwal berkata, polis menerima laporan daripada doktor bertugas di Klinik Kesihatan Gemas mengenai seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia pada 1 Februari lepas.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, kesan lebam di pergelangan tangan dan kaki di kedua-dua belah serta kesan gigitan di badan mangsa, selain tiga tulang rusuk kirinya patah.
“Pakar gigi dari Hospital Kuala Lumpur juga mengesahkan terdapat tiga kesan gigitan gigi dewasa iaitu di tangan kanan, bahu kanan dan pergelangan tangan kanan si mati dan forensik mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat benda tumpul,” katanya.
Anuwal berkata, suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi.
“Suspek kini direman bermula 10 Februari hingga Selasa depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001,” katanya. - Bernama
Bernama
Fri Feb 12 2021
Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi. - Gambar hiasan
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Ibu kandung, bapa tiri dituduh bunuh anak lapan tahun
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.
Bapa, anak lelaki bersama rakan didakwa rogol anak tiri berusia 12 tahun
Seorang bapa bersama anak lelakinya serta rakan kepada anaknya itu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Bachok.
Pelajar Tingkatan 4 dirogol buruh, bapa tiri jadi dalang
Seorang buruh ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sini pada Sabtu.
Polis tahan lelaki rogol anak tiri sejak Darjah Empat
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menjadikan dua anak tirinya yang masing-masing berusia 13 dan 15 tahun sebagai pemuas nafsunya sejak tujuh tahun lalu di sebuah rumah di Tanjung Kling.
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak tiri berusia 11 tahun
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pondok dalam kebun di kawasan Air Ganda, Gerik 3 Oktober lalu.
Bapa kanak-kanak hilang di Amazon ditahan cabul anak tiri
Polis Colombia menahan bapa kanak-kanak Orang Asli yang menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia pada bulan Jun lalu selepas terselamat dalam nahas pesawat dan hilang 40 hari di dalam hutan Amazon.
Budak 4 tahun maut: Ibu kandung, bapa tiri mengaku salah aniaya, sebabkan cedera
Sepasang suami isteri mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya dan menyebabkan kecederaan terhadap anak mereka berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika dirawat di HSA, bulan lalu.
Wanita dera anak hingga mati dibebaskan dengan jaminan polis
Polis masih meneruskan reman terhadap suspek lelaki yang merupakan bapa tiri mangsa bagi membantu siasatan.
Kanak-kanak empat tahun maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tiri
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan bapa tiri, pagi semalam.
Rogol: Reman ibu, bapa tiri kanak-kanak disambung
Tempoh reman ibu dan bapa tiri kepada kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa dera dan rogol disambung lima hari lagi.