Seorang bapa tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga bekas kekasihnya, lapan tahun lalu.
Tertuduh, Mohd. Airulnizam Zainal, 26 tahun yang memakai baju T berwarna coklat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun sekitar 9 malam di sebuah rumah di dalam daerah Melaka Tengah pada penghujung Januari 2010.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon agar jaminan tidak dibenarkan dengan mengambil kira faktor tertuduh hanya berjaya dihadapkan ke mahkamah pada tahun ini walaupun waran tangkap telah dikeluarkan pada 14 Julai 2015, selain bimbang mengganggu mangsa serta saksi-saksi pendakwaan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah dibenarkan dengan alasan menanggung keluarga termasuk seorang anak.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Norma membenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, namun jaminan itu akan ditarik serta-merta sekiranya mahkamah mendapati tertuduh mengganggu mangsa.
Beliau turut memerintahkan tertuduh untuk melapor diri di balai polis berdekatan sehingga sebutan semula kes pada 12 April depan.
Raffi Bachik
Tue Mar 13 2018
![Bapa tiga anak didakwa rogol bekas kekasih Bapa tiga anak didakwa rogol bekas kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520925961_RogolBekasKekasih.jpg)
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah dibenarkan dengan alasan menanggung keluarga termasuk seorang anak. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Rasuah projek rumah, tiga direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Miliki 160 liter petrol: Dua warga Thailand didakwa Miliki 160 liter petrol: Dua warga Thailand didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722409635_wargaThailand.jpg)
Miliki 160 liter petrol: Dua warga Thailand didakwa
Dua warga Thailand mengaku tidak bersalah memiliki barang kawalan iaitu 160 liter petrol di Durian Burung, Padang Terap.
![Galeri Khazanah tampil 46 karya seni pada pameran seni mini di George Town Galeri Khazanah tampil 46 karya seni pada pameran seni mini di George Town](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722412282_TBGaleri.jpg)
Galeri Khazanah tampil 46 karya seni pada pameran seni mini di George Town
Galeri Khazanah sekali lagi menganjurkan pameran seni mini dalam usahanya mengangkat martabat karya seni daripada pengkarya-pengkarya terkenal tanah air.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Israel sangat terdesak
Dalam pada itu, pembunuhan terhadap Ismail Haniyeh mencerminkan sikap terdesak Israel untuk mengekang kejayaan pemimpin Hamas dalam melakukan rundingan bagi membela nasib rakyat Gaza.
![Olimpik Paris 2024: Jin Wei pamer aksi cemerlang, terpaksa akur tidak ke pusingan 16 terakhir Olimpik Paris 2024: Jin Wei pamer aksi cemerlang, terpaksa akur tidak ke pusingan 16 terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722413031_TBJinWei.jpg)
Olimpik Paris 2024: Jin Wei pamer aksi cemerlang, terpaksa akur tidak ke pusingan 16 terakhir
Kekalahan tersebut sekali gus menyaksikan pemain ranking ke-33 dunia itu tidak layak ke pusingan 16 terakhir bagi acara perseorangan dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
![Bapa rogol anak OKU dipenjara 30 tahun, 30 sebatan Bapa rogol anak OKU dipenjara 30 tahun, 30 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Bapa rogol anak OKU dipenjara 30 tahun, 30 sebatan
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 30 sebatan setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang juga Orang Kurang Upaya.
Ismail Haniyeh individu sangat tenang - MyCARE
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh disifatkan sebagai individu sangat tenang serta tidak mudah mengeluarkan kata keji kepada pihak lawannya iaitu Zionis.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Iran tak akan berkompromi
Iran berkemungkinan tidak akan berkompromi dengan tindakan kejam rejim Zionis yang telah membunuh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pada Rabu.
[TERKINI] Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas dan
bekas Perdana Menteri Palestin, serta salah seorang pengawal peribadinya pada 31 Julai 2024.
bekas Perdana Menteri Palestin, serta salah seorang pengawal peribadinya pada 31 Julai 2024.
[TERKINI] Pejabat Perdana Menteri tuntut penjelasan META
Bahagian Media & Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan pihak Meta menurunkan hantaran gambar di Instagram yang memaparkan perjumpaan Perdana Menteri, DatUK Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar pada bulan Mei lalu.
![Bapa tiga anak didakwa rogol bekas kekasih Bapa tiga anak didakwa rogol bekas kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520925961_RogolBekasKekasih.jpg)
Bapa tiga anak didakwa rogol bekas kekasih
Seorang bapa tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga bekas kekasihnya, lapan tahun lalu.