"Nama Ridzuan Puzi akan terpahat dan diingati sepanjang zaman dengan penjenamaan semula nama Taman Sinar Harapan ini," kata bapa kepada atlet paralimpik negara, Mohamad Puzi Mat Isa.
Beliau jelas terharu selepas Taman Sinar Harapan di sini, institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran, dinamakan sempena nama anaknya.
Menurut Mohamad Puzi, beliau sangat berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberi penghargaan dari segi wang ringgit dan insentif lain setelah anaknya, Mohamad Ridzuan mengharumkan nama negara apabila menjuarai acara 100 meter T36 (celebral palsy) Sukan Paralimpik Rio.
Namun jelasnya, di sebalik semua kemewahan yang diterima, langkah menamakan semula taman itu kepada nama anaknya merupakan suatu perkara yang sangat menyentuh hatinya dan seisi keluarga mereka kerana pastinya nama Mohamad Ridzuan akan diingati sampai bila-bila.
"Ia akan menjadi pendorong kepada setiap OKU dan ibu bapa mereka bahawa tiada yang mustahil di dunia ini.
"Sekurang-kurangya apabila mereka melihat nama Taman Sinar Harapan ini, pasti ada cerita di sebaliknya yang menjadi kebanggaan kita kenapa ia dinamakan sedemikian," katanya yang hadir bersama isteri, Lailah Salleh, 49, dan anak mereka Nur Syazwani, 17, bagi mewakili Mohamad Ridzuan yang tidak dapat hadir.
Majlis itu disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Pada 27 September lepas, Rohani mengumumkan empat rumah kebajikan Taman Sinar Harapan akan dinamakan dengan nama keempat-empat atlet yang mencatatkan kejayaan di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2016

MOHAMAD PUZI: Ia akan menjadi pendorong kepada setiap OKU dan ibu bapa mereka bahawa tiada yang mustahil di dunia ini.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Bapa terharu nama Ridzuan Puzi akan diingati sepanjang zaman
Langkah menamakan semula Taman Sinar Harapan itu kepada nama Ridzuan Puzi merupakan suatu perkara yang sangat menyentuh hati keluarga atlet Paralimpik itu.

Paralimpik Rio: 'Saya tidak menjangka akan disambut semeriah ini' - Muhammad Ziyad
Wira dan wirawati Paralimpik negara merasa amat dihargai apabila diberi sambutan di luar jangkaan setibanya mereka ke tanah air pada Khamis.

Tunjukkan sokongan anda kepada atlet paralimpik Khamis ini - Khairy
Ia sebagai tanda penghargaan kepada kontinjen paralimpik negara yang berjaya mengharumkan nama negara sepanjang berlangsungnya sukan berprestij itu.

Atlet Paralimpik Malaysia luar biasa, kata PM Najib
Kejayaan Malaysia meraih tiga pingat emas dan satu gangsa dalam temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil disifatkan sebagai kejayaan luar biasa.

Negara berbangga pencapaian Mohamad Ridzuan, Muhammad Ziyad - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada dua atlet olahraga paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhamad Ziyad Zolkefli yang menyumbang pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016.