KUALA LUMPUR: Seorang bapa dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan memukul dua anak kandungnya, dua minggu lepas.
Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dan memerintahkan hukuman penjara lapan bulan bagi setiap pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 1 Jun lepas.
Berdasarkan keempat-empat pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas anak perempuannya berusia 15 tahun dan anak lelaki berusia 13 tahun, dengan sengaja menganiaya remaja berkenaan sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kepong Utara, Sentul di sini antara 9 malam, 30 Mei hingga 5 pagi, 1 Jun lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada 30 Mei sekitar 9 malam hingga 12 tengah malam, lelaki terbabit memukul kedua-dua kaki anak lelakinya dengan menggunakan jaring yang terpasang pada sebatang raket badminton selain turut melempang muka dan memukul bahagian badan remaja berkenaan.
Anak perempuannya turut dipukul dengan jaring raket badminton di muka pada 31 Mei dan bapa mereka juga meminta dua remaja itu berjalan itik di dalam rumah tanpa henti dalam tempoh masa yang lama pada 1 Jun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia mempunyai tanggungan lima anak selain menghidap sakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
Hakim menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dan memerintahkan hukuman penjara lapan bulan bagi setiap pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 1 Jun lepas. -Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Bapa dipenjara lapan bulan pukul dua anak kandung
Seorang bapa dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan memukul dua anak kandungnya, dua minggu lepas.