TAWAU: Seorang bapa dihukum penjara 20 tahun dengan lapan sebatan selepas mengaku bersalah mencabul dan merogol dua anak kandungnya dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini.
Pengakuan itu dibuat tertuduh yang merupakan warga Indonesia berusia 50 tahun di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang bekerja sebagai buruh ladang di Kalabakan itu didakwa mencabul dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik dalam rumah tidak bernombor pada penghujung Ogos 2020 jam 10 malam.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang sama didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun di rumah yang sama pada penghujung Januari 2021 lebih kurang jam 11 malam.
Menurut fakta kes, mangsa yang berusia 15 tahun menghubungi bapa saudaranya yang berada di Keningau pada 22 Disember 2021 dan memaklumkan mengenai perlakuan tertuduh ke atas mangsa.
Malah, mangsa turut memberitahu bapa saudaranya bahawa tertuduh mengugut untuk membunuh kakaknya dengan tombak sekiranya cuba membuat aduan.
Bimbang akan keselamatan anak buahnya, pengadu bertindak datang ke rumah mereka dan membuat laporan polis setelah mengetahui kedua-dua mangsa telah dirogol oleh tertuduh.
Sehubungan itu, tertuduh ditahan pada 11 Januari 2022 dan didakwa mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Amir Shah seterusnya menjatuhkan hukuman 10 tahun dan empat sebatan kepada tertuduh bagi setiap pertuduhan dan hukuman dijalankan secara berasingan mengambil kira kepentingan awam serta trauma emosi kepada mangsa yang juga anak kandung tertuduh.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK), Jhassary Kang.
Petrus Bernard
Mon Feb 07 2022
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK), Jhassary Kang. - Astro AWANI
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Bapa dihukum penjara 20 tahun, lapan sebatan kerana cabul dan rogol dua anak
Seorang bapa dihukum penjara 20 tahun dengan lapan sebatan selepas mengaku bersalah mencabul dan merogol dua anak kandungnya dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini.